craftsmanship | keterampilan | Kesusasteraan | Puisi | Kecekapan seseorang penyair mengeksploitasi bahasa dan unsur-unsurnya dalam mencipta sesebuah puisi. |
local colour | warna asal | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang mengeksploitasi pengucapan, pakaian, tingkah laku, kebiasaan berfikir dan tipografi yang terdapat pada suatu daerah tertentu. |
account hacking | penggodaman akaun | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk jenayah siber yang melibatkan tindakan menceroboh dan mengeksploitasi akaun orang atau organisasi lain, bertujuan untuk mendapatkan keuntungan secara tidak sah. Tindakan ini termasuklah perbuatan menghapuskan dan mencuri maklumat akaun serta mencegah pemilik akaun tersebut daripada mengakses akaunnya sendiri. |
district development plan | rancangan pembangunan daerah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Program pembangunan bagi sesebuah daerah untuk mencapai dasar pembangunan yang telah digariskan dengan mengeksploitasi potensi tempatan. |
imperialism | imperialisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain sama ada dari sudut politik, ekonomi, sosial atau budaya. Dengan penguasaan ini, penjajah akan mengeksploitasi segala sumber dan tenaga yang terdapat dalam negara tersebut untuk kepentingan negara mereka. Penguasaan ini tidak terbatas kepada aspek dan keuntungan ekonomi semata-mata tetapi juga terhadap aspek budaya, minda dan pemikiran rakyat di negara yang dijajah. Dengan pelbagai dasar yang dilancarkan seperti pelaksanaan sistem pendidikan, budaya, penyerapan nilai moral dan nilai estetika yang berorientasikan penjajah telah mempengaruhi pemikiran masyarakat yang dijajah itu. |
scanning near-field optical microscope (SNOM) | mikroskop optik medan dekat pengimbasan (SNOM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat yang digunakan untuk mengkaji nanostruktur yang boleh mengatasi had resolusi medan jauh dengan mengeksploitasi sifat-sifat gelombang evanesant. |
internal colonialism | kolonialisme dalaman | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penguasaan dan tekanan oleh kerajaan pusat atau pemerintah tertinggi terhadap wilayah tertentu dalam sesebuah negara. Tindakan ini melahirkan layanan atau pengagihan sumber yang tidak adil berbanding dengan wilayah lain dalam negara itu. Pemerintah selalu menekan sambil mengeksploitasi segala sumber yang ada dalam wilayah ini untuk kepentingan pusat, wilayah lain atau kepentingan individu tertentu yang terdiri daripada golongan pemerintah. Pembangunan juga tidak dibawa ke kawasan ini dan mereka tidak mendapat status autonomi dalam pemerintahan. Contohnya, kedudukan Acheh di Indonesia dapat dianggap sebagai kolonialisme dalaman apabila Jakarta menguasai wilayah ini secara kekerasan tentera, mengeksploitasi sumber alam mereka dan tidak membenarkan mereka menguruskan wilayah itu secara autonomi sepenuhnya. |
four-way cross | kacukan empat hala | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah kacukan betina kacukan (F1) dikacukkan dengan jantan kacukan yang terhasil daripada kacukan baka ketiga dan keempat. Kacukan empat hala ini akan mengeksploitasi heterosis. Kaedah ini digunakan secara meluas dalam program pembiakan ayam komersial. |
petit bourgeois | borjuis kecil | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelas dalam masyarakat yang berada di pertengahan antara proletar dan borjuis. Mereka terdiri daripada golongan sederhana seperti pekedai, petani yang memiliki tanah dan berupaya bekerja sendiri, golongan yang menghasilkan pertukangan dan mengusahakan pengeluaran kecil. Golongan ini bukan merupakan buruh kerana tidak bekerja dengan orang lain dan bukan juga borjuis kerana tidak mengeksploitasi tenaga buruh lain. Karl Marx menyatakan bahawa kelas borjuis kecil terdedah kepada proses pemproletaran yang dikuasai oleh borjuis yang lebih kaya dan lama-kelamaan akan terhapus. Contohnya, golongan usahawan kecil seperti pekedai dan peraih. Sinonim borjuis bawahan. |
surrealism | surealisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa �minda dalam� seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan �minda dalam� itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, dan pelanggaran urutan peredaran masa seperti urutan mimpi dan igauan, pada jukstaposisi imejan yang pelik, memeranjatkan atau tidak berkaitan. Pemikiran sualisme ini adalah lanjutan daripada karya Andre Breton dari Perancis berjudul Manifesto on Surrealism (1924). Menurut karya ini, minda harus dibebaskan daripada logik dan kewarasan. Pendapat ini merupakan satu perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan politik dan perubahan sosial setempat. Pengaruhnya tersebar luar di Eropah dan Amerika. Antara nama ahli surealis yang terkenal dari Negara Perancis ialah Louis Aragon dan Salvador Dali. Di England dan di Amerika, pengaruh surealisme dapat dilihat dalam sajak Dylan Thomas yang menghasilkan penulisan fantasi igauan dan lawak hitam. Pengaruh ini juga ditemui dalam novel Henry Miller karya Thomas Pnychon berjudul V dan karya William Burroughs berjudul Naked Lunch. Istilah super-realism dicetuskan oleh Gullame Appollinaire. |