Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngéks.trak] | مڠيکسترک

Definisi : mendapatkan (jus dsb) secara menghancurkan, menekan, menyuling dsb: ~ jus drpd nanas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngéks.trak] | مڠيکسترک

Definisi : mengeluarkan pati, jus dsb dr sesuatu spt tumbuhan, buah-buahan atau haiwan: ~ jus dr nanas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengekstrak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extraction solventpelarut pengekstrakanHerbaTiadaPelarut yang digunakan untuk mengekstrak juzuk yang diperlukan daripada herba. Air tulen dan alkohol digunakan untuk menghasilkan sediaan ekstrak herba.
business intelligencerisikan bisnesTeknologi MaklumatTiadaTeknik yang digunakan untuk mengenal pasti, mengekstrak, menyimpan, menganalisis data yang diperoleh daripada persekitaran organisasi bagi tujuan mendapatkan pengetahuan daripada hal ehwal sesebuah organisasi dengan menggabungkan seni bina sistem, alatan ekstrak, pangkalan data dan alatan analitik untuk membuat keputusan.
vishingpenipuan panggilanTeknologi MaklumatTiadaCubaan dengan niat jahat melalui panggilan telefon untuk mengekstrak data daripada pengguna, organisasi atau perniagaan tertentu bagi pencurian identiti dan jenayah siber yang berkaitan.
smishingpenipuan SMSTeknologi MaklumatTiadaCubaan dengan niat jahat melalui sistem mesej singkat untuk mengekstrak data daripada pengguna, organisasi atau perniagaan tertentu bagi pencurian identiti dan jenayah siber yang berkaitan.
spear phishingpancing data serampangTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerCubaan dengan niat jahat melalui hantaran e-mel palsu untuk mengekstrak data daripada pengguna, organisasi atau perniagaan tertentu bagi pencurian identiti dan jenayah siber yang berkaitan.
liquid ion exchangerpenukar ion cecairKimiaKimia AnalisisSebatian berantai panjang yang mempunyai cas untuk persekutuan ion bagi mendapatkan spesies neutral dalam pengekstrakan. Sebagai contoh tribenzilamina (C6H3CH2)3N dapat mengekstrak zink dalam keadaan asid yang secukupnya sebagai spesies [(C6H5CH2)3NH2]2+ [ZnCI4]2-
kinetic macerationmaserasi kinetikHerbaTiadaTeknik maserasi yang dilakukan pada suhu bilik. Campuran bahan herba dan pelarut digoncang secara berterusan dengan pelbagai kaedah mekanikal. Teknik ini biasanya digunakan pada skala industri bagi mengekstrak bahan herba secara tuntas.
superzapsuperzapTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Perisian utiliti sumber terbuka yang digunakan melihat kandungan fail dalam bentuk ASCII, EBCDIC atau HEX. 2. Kaedah penggodaman, iaitu pengguna hasad akan menggunakan perisian penyunting HEX untuk mengekstrak kekunci atau nombor siri daripada suatu perisian, ataupun membuat perubahan terlarang terhadap data dalam suatu perisian tanpa perlu melalui ciri perlindungan perisian tersebut.
macerationperendamanHerbaPemiawaianProses menenggelamkan sampel herba yang telah dikisar atau dikecilkan saiznya dalam air atau pelarut tertentu seperti metanol, etanol dan heksana di dalam bekas tertutup dalam jangka masa tertentu pada suhu bilik. Proses ini dilakukan untuk mengekstrak sebatian metabolit bagi proses pemiawaian. Contohnya, proses merendam hempedu bumi (Andrographis paniculata) untuk menghasilkan ekstrak mentah.

Kembali ke atas