stall feeding | makanan berkandang | Veterinar | Tiada | Sistem pemeliharaan ternakan di dalam kandang secara sepenuh masa. Makanan dan minuman diberi di dalam kandang supaya mudah dikawal di samping dapat mengelakkan jangkitan penyakit dan mengelakkan pembaziran. Sistem ini sesuai untuk ternakan yang dipelihara secara fidlot dan juga untuk lembu atau kambing tenusu. |
cover crop legume | kekacang penutup bumi | Veterinar | Tiada | Tanaman kekacang yang ditanam di antara pokok dalam ladang tanaman utama seperti kelapa sawit dan getah. Tujuan utama penanaman kekacang ini adalah untuk mengelakkan hakisan tanah dan mengelakkan tanah terlalu terdedah kepada sinaran matahari. Selain itu, penanaman kekacang ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesuburan tanah. Tanaman ini berupaya mengikat nitrogen daripada udara dengan bantuan bakteria dan disimpan dalam bentuk nitrit pada bintil akarnya. Di samping itu, penanaman kekacang ini boleh mengurangkan pertumbuhan rumpai lain yang menyerap nutrien dan mengurangkan perolehannya kepada tanaman utama. Antara kekacang yang biasa ditanam ialah kalopo (Calpogonium muconoides), sentro (Centrosema pubescens), desmo (Desmodium ovalifolium) dan puero (Pueroria phaseoloides). Kesemua kekacang ini juga sesuai ditanam secara bercampur dengan rumput terpilih supaya dapat menambah kesuburan tanah di samping sesuai untuk ragutan ternakan ruminan. Hasil bahan kering kekacang ini agak rendah iaitu 5-10 tan/hektar/ |
emasculation | pengembirian | Bioteknologi | Tiada | Pembuangan anter dari bunga untuk mengelakkan pendebungaan, atau pembuangan testis haiwan jantan untuk mengelakkan pembiakan. |
biosafety | biokeselamatan | Pertanian | Agroteknologi | Langkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan bahan-bahan beracun (toksik) dan patogen (penyebab penyakit seperti bakteria, kulat dan virus) terlepas daripada kawalan. Biasanya, bahan-bahan tersebut disimpan dalam bekas tertutup atau makmal terkawal untuk mengelakkan daripada tersebar dan mengancam alam sekitar dan kesihatan manusia. |
sealer | bahan tampal cecair | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Cecair jernih digunakan untuk berpigmen yang digunakan untuk mengelakkan resapan bahan penyalut yang berlebihan ke dalam permukaan yang berliang, mengelakkan proses penenesan, dan juga bertindak sebagai pengikat permukaan berkapur. |
pull-cord switch | suis kord tarik | Teknik | Elektrik | Suis yang dipasangkan pada siling dan dikendalikan dengan tali atau kord penebat yang tergantung bagi mengelakkan sentuhan terus ke suis dan seterusnya mengelakkan berlakunya kejutan elektrik. Suis jenis ini biasanya dipasang di dalam bilik mandi untuk mengawal lampu, atau di bilik rehat untuk mengawal kipas dinding. Sinonim suis pendan. |
stall warning | amaran pegun | Aeroangkasa | Tiada | Satu peranti yang memberi amaran kepada juruterbang apabila penerbangan menghampiri keadaan pegun supaya bertindak untuk mengelakkan pegun berlaku.,Satu peranti yang memberi amaran kepada juruterbang apabila penerbangan menghampiri keadaan pegun supaya bertindak untuk mengelakkan pegun berlaku. |
dive downward | selam ke bawah | Perikanan | Tiada | Pergerakan penyelam dari permukaan air menuju ke bawah secara perlahan-lahan bagi mengelakkan perubahan tekanan air berlaku secara mendadak. Semasa turun ke bawah, penyelam perlu mengimbangi tekanan udara pada setiap beberapa meter kedalaman bagi mengelakkan kemudaratan pada gegendang telinga, hidung dan paru-paru. |
tas‘ir | penetapan harga | Perniagaan Islam | Tiada | Penentuan harga barangan atau perkhidmatan bagi mengelakkan kenaikan harga yang tidak berdasarkan penawaran dan permintaan. Contohnya, pihak Bursa Malaysia mempunyai prosedur penetapan harga saham yang diniagakan. Apabila harga sesuatu saham syarikat meningkat dengan mendadak, melebihi suatu kadar yang telah ditentukan terlebih dahulu, maka urus niaga saham tersebut perlu ditangguhkan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kenaikan harga semata-mata berdasarkan spekulasi. |
for the avoidance of doubt | bagi mengelakkan waswas | Undang-undang | Tiada | Tiada |