Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.li.li.ngi] | مڠليليڠي

Definisi : 1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dll, melingkari, mengedari: lima orang pemuda sedang ~ meja itu; bumi ~ matahari; 2. menjelajah; ~ dunia pergi (berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.li.li.ngi] | مڠليليڠي

Definisi : 1 berada, bergerak atau beredar di sekitar sesuatu: Bintang, bulan dan bumi beredar ~ matahari. Semuanya duduk ~ ketua pasukan. 2 menjelajahi: ~ dunia pergi ke tempat-tempat di seluruh dunia; menjelajahi dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliling (kata nama)
1. Bersinonim dengan lilitan: lingkungan, litaran, lingkaran,

Kata Terbitan : berkeliling, mengelilingi, pekeliling,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pardon screenskrin pengampunanKesenianHiasan DalamanSkrin yang mengelilingi atau yang diletakkan bersebelahan dengan seseorang pengaku di gereja. Skrin pengampunan digunakan sebagai tirai untuk melindungi pengaku daripada dilihat oleh orang awam semasa sesi pengakuan dijalankan di gereja itu.
drive chainrantai pacuanKejuruteraan AutomotifEnjinRantai yang mengelilingi dua atau lebih gegancu. Rantai ini berfungsi untuk menghantar kilasan dan kuasa kepada aci atau komponen lain yang dihubungkan dengan gegancu yang berputar.
pith ringgegelang empulurBuluhTiadaLapisan sel yang mengelilingi lakuna.
circular fibrefiber kelilingPerubatanTiadaFiber pada gingiva bebas, mengelilingi gigi bagai cincin.
ambient airudara ambienKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUdara yang mengelilingi objek atau alat peranti elektrik.
shroudselubungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKepingan melengkung yang dipasang mengelilingi kipas enjin, untuk menambah prestasi edaran udara yang melalui penyinar sistem penyejuk enjin.
text wraplelilit teks-TiadaCiri dalam perisian yang membolehkan teks mengelilingi imej.
tyre treadbunga tayarKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian luar yang mengelilingi tayar, yang menyentuh permukaan jalan raya. Bahagian ini merupakan bahagian yang tebal pada tayar, dan mempunyai lubang alur untuk memberi cengkaman yang baik dengan permukaan jalan raya.
nodal regionwilayah bernodPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKawasan luaran yang mengelilingi sesebuah bandar yang mempunyai pertalian ekonomi, politik atau sosial dengan bandar tersebut.
green beltlingkaran hijauPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu kawasan lapang yang mengelilingi sesebuah bandar yang telah diwartakan dengan tujuan mengehadkan perkembangan bandar tersebut.
123

Kembali ke atas