Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
master policypolisi indukinsuransTiada1. Kontrak yang dikeluarkan kepada majikan atau entiti yang dibenarkan oleh undang-undang bagi sesuatu pelan insurans kumpulan. 2. Insurans harta yang dikeluarkan kepada insured untuk membolehkannya mengeluarkan sijil perlindungan bagi melindungi harta orang lain.
error and omission insuranceinsurans ralat dan ketinggalaninsuransTiada1. Insurans yang membayar ganti rugi kepada insured ke atas sebarang kerugian disebabkan kesilapan atau kealpaan insured sendiri. Contoh: sebuah syarikat insurans membeli perlindungan jenis ini untuk melindungi dirinya terhadap kerugian daripada perkara seperti kegagalan mengeluarkan polisi. 2. Insurans yang melindungi kerugian akibat kegagalan insitusi kewangan untuk mendapatkan perlindungan insurans.
manufacturer licenselesen pengilangHerbaPeraturan dan PemasaranLesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada individu untuk mengeluarkan produk berdaftar dan menjual produk secara borong atau membekalkan produk. Menurut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, lesen pengilang adalah sah untuk tempoh satu tahun bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember pada tahun yang sama. Lesen ini perlu dimohon selepas produk didaftarkan.
economicsekonomiEkonomiTiada1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan.

Kembali ke atas