Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.mas] | مڠمس

Definisi : mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.mas] | مڠمس

Definisi : spt emas, menyerupai emas: padi kuning ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.mas] | مڠمس

Definisi : menyusun atau mengatur elok-elok; membungkus supaya tidak berselerak: Dia sibuk ~ barang-barang yg hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengemas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bindingpengikatKesenianHiasan DalamanJalur tirus fabrik yang digunakan untuk membalut dan mengemas tepi kelim atau karpet untuk mengelakkannya daripada terkoyak atau kusut.
pipingkun alurKesenianHiasan DalamanJalur tirus fabrik yang digunakan untuk membalut dan mengemas tepi kelim. Tujuan kun alur adalah sebagai bahan penyambung atau penyudah kepada bahagian tepi upholsteri kerusi atau perabot.
central reservation system (CRS)sistem tempahan pusat (CRS)PelanconganTiadaPerisian yang digunakan untuk mengemas kini dan menyelenggara maklumat tempahan perjalanan, penginapan dan penghantaran makanan.
administrative statenegara pentadbiranSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang mempunyai prinsip pemerintahan berasaskan kepada keabsahan peraturan yang terdapat dalam perlembagaan. Penubuhan negara pentadbiran bertujuan untuk mengemas tatacara pengurusan dan pentadbiran negara serta untuk mengelak daripada berlakunya gejala rasuah. Idea negara pentadbiran ini berkembang di Amerika Syarikat pada tahun 1887 sewaktu pentadbiran Woodrow Wilson dan di Malaysia semasa pentadbiran Tun Abdul Razak serta diteruskan oleh pimpinan berikutnya.
e-prescriptione-preskripsiTeknologi Maklumate-KesihatanArahan doktor berkaitan dengan pengambilan ubat menggunakan sistem yang mempunyai pautan dengan Bahagian Farmasi untuk penyediaan dan pemberian ubat-ubatan kepada pesakit. Doktor hanya perlu memasukkan preskripsi pesakit ke dalam pangkalan data dan dihantar terus ke Bahagian Farmasi. Kaedah ini memudahkan proses kerja ahli farmasi, mengelakkan kesilapan pemberian ubat, mengurangkan masa menunggu pesakit dan mengemas kini sistem inventori farmasi.

Kembali ke atas