atelectasis | atelektasis | Kejururawatan | Tiada | Kegagalan sebahagian paru-paru untuk mengembang. Bagi bayi pramatang, keadaan ini disebabkan oleh kekurangan surfaktan yang dihasilkan oleh sel-sel yang melapik alveoli. Bagi orang dewasa pula, keadaan ini disebabkan oleh kehadiran mukus yang berlebihan. |
haemorrhoid | hemoroid/buasir | Herba | Pemiawaian | Keadaan apabila rangkaian vena pada dubur mengembang dan kelihatan berpintal akibat tekanan tinggi yang berterusan pada vena rektum inferior. Contoh herba yang digunakan untuk merawat hemoroid ialah nanas batu (Ananas comosus) dan manjakani (Quercus infectoria). Sinonim buasir. |
bentonite clay | tanah liat bentonit | Kejuruteraan | Tiada | Tanah liat yang boleh mengembang sehingga beberapa kali lebih besar daripada isi padu keringnya. |
respiratory distress syndrome | sindrom distres respirasi | Kejururawatan | Tiada | Keadaan paru-paru tidak mengembang dengan memuaskan kerana kekurangan surfaktan, biasanya berlaku pada bayi pramatang. Pernafasannya cepat, sukar dan cetek. |
respiratory distress | distres respirasi | Kejururawatan | Tiada | Keadaan gangguan pernafasan apabila paru-paru tidak mengembang dengan memuaskan. |
shallow breathing | pernafasan cetek | Kejururawatan | Tiada | Pernafasan lemah yang menunjukkan paru-paru tidak mengembang sepenuhnya. |
newspaper policy | polisi akhbar | insurans | Tiada | Insurans kesihatan terhad yang dijual oleh pihak surat khabar untuk mengembang atau mengekalkan peredarannya. |
air bag | beg keselamatan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat penyelamat pada roda stereng yang diaktifkan secara elektronik, dan mengembang serta-merta apabila berlaku pelanggaran. |
cam ground piston | dasar omboh sesondol | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian bawah omboh berbentuk bujur yang menjadi bulat sepenuhnya apabila mengembang. |
fomentation | fomentasi | Herba | Tiada | Proses merawat dengan alat pemanas khusus bagi memanaskan bahagian badan untuk meredakan kesakitan. Pemanasan setempat menyebabkan saluran darah mengembang yang menyebabkan perfusi pada tisu sasaran. Contoh alat pemanas ialah tungku yang digunakan dalam rawatan selepas bersalin, botol air panas, alat elektrik dan bahan kimia. |