asmaradana | asmaradana | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengemukakan perasaan sedih dan kecewa kerana kegagalan bercinta. Susunan bentuk atau struktur fizikalnya terdiri daripada tujuh baris dalam setiap bait. Contohnya, puisi "Asmaradana" yang dikenali juga tembang. |
geistlichelied | gita rohani | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengemukakan nilai-nilai kerohanian atau kejiwaan. Puisi ini juga merupakan jenis puisi lirik yang lazimnya dinyanyikan. |
dialectical theatre | teater dialetik | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang mengemukakan beberapa situasi untuk mempengaruhi penonton berhujah tentang isu sosial. Teater ini memberikan tumpuan kepada perbahasan dan perbicaraan. Lihat juga teater epik. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |
ecological approach | pendekatan ekologi | Sains Sukan | Biomekanik | Pendekatan kawalan pergerakan yang mengemukakan idea bahawa sistem motor biologi berfungsi seperti suatu sistem mekanikal yang berinteraksi dengan persekitarannya. |
direct perception | persepsi langsung | Sains Sukan | Biomekanik | Konsep kawalan motor yang mengemukakan pendekatan bahawa sistem persepsi memantau dan menentukan rangsangan yang relevan sahaja akan diproses oleh sistem motor biologi. |
figurative language | bahasa kiasan | Kesusasteraan | Puisi | Bahasa yang digunakan oleh penyair untuk mengemukakan sesuatu perasaan dan pemikiran secara bandingan atau secara tidak langsung. Contohnya, 'ombak kehidupan' untuk menggambarkan kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran. |
indicative planning | perancangan indikatif | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Bentuk perancangan yang mengemukakan garis panduan am dan bersifat menasihat. |
organic form | bentuk organik | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk sesebuah karya sastera yang dilahirkan daripada bahan tematik dan gagasan pengarang. Perkembangan sesebuah karya disamakan dengan pertumbuhan organisma yang hidup. Socrates pernah mengemukakan analogi antara perkembangan ujaran dengan pertumbuhan makhluk. Seterusnya, tokoh romantis dari Jerman dan Inggeris memperdalam analogi ini. Mereka berpendapat bahawa sesebuah karya berkembang seperti organisma hidup, daripada suatu konsep pokok. Bentuk yang berlawanan dengan bentuk organik ialah bentuk mekanikal. Pendekatan bentuk mekanikal mengemukakan dan peraturan yang dikenakan kepada pengarang dalam pengolahan bahan tematik. |
poetics | puitika | Kesusasteraan | Tiada | Teori penggubahan dan kritikan puisi. Dalam karya Poetics oleh Aristotle mengemukakan prinsip dan peraturan dalam penulisan dan kajian puisi. Walaupun puitika biasanya dikaitkan dengan puisi, namun Aristotle juga mengaitkannya dengan drama dan epik. Pada zaman moden, maksud puitika diperluaskan kepada teori umum tentang kesusasteraan. Formalis Rusia dan ahli linguistik dari Prague School mencadangkan puitika sebagai sains kesusasteraan yang menumpukan perhatian kepada sifat umum kesusasteraan itu. Ahli formalisme, iaitu Shklovsky dan Propp mempelopori analisis sistematis tentang struktur naratif dan mempengaruhi perkembangan puitika novel atau puitika fiksyen. Pada tahun 1950-1960, para pengkritik seperti Barthes dan todorov memperkemaskan puitika fiksyen dengna mengasimilasikan idea formalis Rusia dengan pendekatan strukturalisme. Mereka menghasilkan satu puitika yang dapat mengenal pasti ciri dasar dan konvensi semua teks dan bukan hanya teks individu. |