Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.na.i] | مڠناءي

Definisi : 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.na.i] | مڠناءي

Definisi : 1 kena pd yg dituju: Batu yg dihumbankannya ~ kepala orang yg lalu di situ. 2 berkaitan dgn; berhubungan dgn; bersabit; tentang: Mereka mencari suatu penyelesaian ~ perkara tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Peribahasa

Senjata makan tuan.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu dengan maksud untuk mencelakakan orang tetapi berbalik mengenai diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
proairetic codekod proairetikKesusasteraanTiadaKod mengenai rangkaian, urutan aksi dan tingkah laku dalam karya sastera. Urutan ini mengawal cara pembaca memahami jalan cerita sesebuah karya. Konsep ini merupakan salah satu daripada lima kod yang diperkenalkan oleh Roland Barthes dalam pengajiannya mengenai karya Balzac yang bertajuk Sarrasine. Lihat juga kod.
penetration signaturetandatangan penembusanTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Maklumat mengenai keadaan sistem atau kumpulan syarat yang perlu dicapai dalam sistem komputer dan juga aktiviti yang berlaku dalam sistem yang boleh memberi petunjuk bahawa percubaan menceroboh sedang dijalankan. 2. Maklumat mengenai langkah yang diambil atau kaedah yang digunakan oleh pengguna hasad atau proses automasi sebagai modus operandi semasa menceroboh suatu sistem komputer. Maklumat ini boleh disertakan ke dalam perisian keselamatan seperti sistem pengesanan pencerobohan untuk mengenali tingkah laku yang mungkin boleh membawa kepada pencerobohan.
semanticsemantikKesusasteraanTiadaIlmu mengenai makna atau erti kata. Semantik boleh juga diertikan sebagai kajian makna perkataan atau ungkapan linguistik. Pengajian semantik berlaku pada semua peringkat bahasa daripada bunyi hingga wacana. Pada peringkat kata, pengajian biasanya dikenali sebagai semantik leksikal dan pada peringkat wacana dikenali sebagai semantik wacana.
vampirismvampirismePerubatanPsikiatriKepercayaan mengenai seseorang yang meninggal dunia boleh hidup semula dan menghisap darah orang lain.
endocrinologyendokrinologiKejururawatanTiadaKajian mengenai kelenjar-kelenjar endokrin dan hormon-hormon yang dirembesnya.
accident severityketenatan kemalanganinsuransTiadaUkuran mengenai seriusnya keadaan satu-satu kerugian yang berlaku. Kadangkala ukuran ini digunakan untuk menilai keberkesanan aktiviti pencegahan kerugian.
insurance contractkontrak insuransinsuransTiadaPerjanjian mengenai urusan jual beli insurans. Kontrak ini melibatkan dua pihak iaitu insured dan insurer. Insured berjanji akan membayar sejumlah wang yang dinamakan premium dan insurer sebaliknya berjanji membayar ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang ditetapkan dalam kontrak.
pharmacognosyfarmakognosiHerbaTiadaCabang ilmu farmasi mengenai bahan daripada alam semula jadi seperti tumbuhan, haiwan dan mineral yang berkaitan dengan kegunaan perubatan dan kesihatan. Farmakognosi merangkumi kajian berkaitan tumbuhan ubatan (ubat mentah, ekstrak, sebatian fitokimia tulen), bahan farmaseutikal, bahan racun, makanan kesihatan, kosmetik, wangian dan bahan penjagaan diri.
declarative knowledgepengetahuan penyataanSains SukanBiomekanikPengetahuan mengenai butir-butir yang mencirikan sesuatu maklumat. Contohnya, undang-undang permainan ragbi akan memperincikan cara permainan ini dilakukan.
evidence of healthbukti kesihataninsuransTiadaBukti mengenai kesihatan yang memuaskan yang diperlukan oleh insurer apabila seseorang ingin memperbaharui polisinya setelah luput. Pembaharuan ini hendaklah dilakukan dalam masa yang ditetapkan oleh insurer.
12345678910

Kembali ke atas