diagnose | mendiagnosis | Perubatan | Tiada | 1. Mengenal pasti kehadiran penyakit secara pemeriksaan dan penilaian simptom dan tanda-tanda. |
tape format | format pita | Komunikasi | Tiada | Kaedah untuk mengenal pasti pita rakaman audio atau video. Contohnya, format pita audio yang sering digunakan ialah 1/4, 1/5 atau 1 inci. Bagi format pita video pula format yang digunakan ialah format VHS atau format U-matik yang mempunyai kelebaran 3/4 inci. |
label | label | Kejuruteraan | Tiada | 1. Nama kod yang digunakan untuk mengenal pasti atau mengelas nama, sebutan, frasa atau dokumen.,2. Satu atau lebih aksara yang digunakan untuk mengenal pasti suatu item data.,3. Nilai angka atau lokasi ingatan dalam sistem boleh atur cara bagi komputer.,4. Angka, huruf atau nama yang diberikan kepada kenyataan atur cara supaya komputer dapat mencarinya kemudian.,5. Nama yang digunakan dalam kod punca untuk mengenal pasti sesuatu suruhan atau kenyataan boleh laksana dalam atur cara komputer.,6. Blok di permulaan atau di akhir fail, yang mengenal pasti, menciri, dan/atau penyahhad fail itu, dengan label itu sendiri tidak dianggap sebagai sebahagian daripada fail. |
colour coding | pengekodan warna | Kesenian | Tiada | 1. Proses mengekod warna untuk mengenal pasti sesuatu bahan kemasan. |
formative evaluation | penilaian formatif | Pendidikan | Tiada | 1. Penilaian yang dilakukan semasa mengajar untuk mengenal pasti kemajuan pelajar atau mengatasi masalah. |
critical incident technique | teknik kejadian genting | Pendidikan | Tiada | 1. Pendekatan dalam kerja sambil belajar yang memerlukan pelajar mengenal pasti kejadian genting yang mempengaruhi situasi kerja. |
accident | kemalangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Sesuatu yang tidak menyenangkan yang berlaku akibat kelalaian. 2. Catatan tentang kekerapan dan keparahan sesuatu kemalangan yang berlaku didalam sesebuah organisasi, untuk mengenal pasti pekerja yang selalu terlibat di dalam kemalangan tersebut. |
benchmarking | penandaarasan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenal pasti, mengamalkan dan membudayakan amalan kerja organisasi yang terbaik dan cemerlang di dalam atau di luar organisasi. Penandaarasan juga merupakan satu tindakan untuk memperkukuh pelaksanaan PKM dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan agensi kerajaan. Bagi memudahkan agensi kerajaan melaksanakan program penandaarasan, kerajaan telah mengenal pasti satu garis panduan yang terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 1999, iaitu Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam. Penandaarasan dilaksanakan dengan cara membandingkan aktiviti atau pencapaian teras organisasi dengan badan dalam atau luar organisasi dalam kategori yang sama. Contohnya, perbandingan standard perkhidmatan kaunter pelanggan Pos Malaysia dengan Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara. |
fingerprinting | pengecapan jari | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah mengenal pasti sesuatu objek, sama ada fail, hos atau sistem berpandukan ciri unik objek tersebut. Oleh sebab cap jari setiap objek dalam kelas yang sama adalah berbeza, maka teknik ini sesuai digunakan mengesan perubahan terhadap sesuatu objek. Cap jari sesuatu objek boleh dihasilkan dengan menggunakan fungsi cincang MD5 atau SHA-1. Contohnya, aplikasi pengecapan jari seperti Nmap boleh mengenal pasti jenis sistem pengendalian sesuatu sistem melalui maklumat yang diperoleh daripada pengepala paket yang dihasilkan oleh sistem tersebut. |
popular language | bahasa popular | Kesusasteraan | Tiada | 1. Ragam bahasa yang dipakai oleh sebahagian besar pemakai bahasa dalam situasi sehari-hari.,2. Bahagian dari khazanah leksikal, gramatikal dan stilistis suatu bahasa yang dimengerti dan diterima sebagai pemakaian yang baik oleh semua orang yang mengenal bahasa. |