sedimentize | mengendap | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
decarbonizing | penyahkarbonan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Proses membuang karbon pepejal yang mengendap pada permukaan dalam kebuk pembakaran dan puncak omboh enjin pembakaran dalam. |
fall-out | jatuhan | Sains | Hidrometeorologi | Bahan, terutama yang radioaktif, yang mengendap dari atmosfera. |
calcareous algae | alga berkapur | Biologi | Ekologi | Alga laut yang memperoleh karbon dioksida daripada air cetek, iaitu habitatnya, dan merembeskanatau mengendap struktur berkapur yang hampir pejal. Misalnya, Carallina sp. |
sediment load, suspended | beban endapan ampai | Hidrologi | Tiada | Endapan yang terus terampai dalam air mengalir buat suatu waktu yang lama tanpa menyentuh dan mengendap di dasar sungai. |
automatic slips | gelinciran automatik | Kejuruteraan | Petroleum | Peranti yang dipasang pada pembukaan yang terdapat pada meja putar apabila batang gerudi digantung di dalam lubang telaga seperti ketika operasi penyambungan atau trip dilakukan. Peranti ini dikendalikan oleh udara atau hidraulik dan digunakn bagi memegang dan mengendap batang paip secara automatik. Dengan cara ini pengendali tidak diperlukan bagi mengendalikan gelincir yang digunakan. |
hard water | air liat | Biologi | Ekologi | Air yang mengandungi ion kimia, seperti kalsium, dan magnesium. Air liat tidak dapat menghasilkan buih dengan sabun kerana ionnya bertindak dengan sabun lalu membentuk mendakan. Oleh itu, air ini memerlukan banyak sabun untuk menghasilkan buih. Setengah-setengah bahan kimia perosak akan mengumpul dan mengendap apabila dimasukkan ke dalam air liat. |