Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngen.dur] | مڠندور

Definisi : menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngen.dur] | مڠندور

Definisi : menjadi kendur; menjadi tidak kencang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendur (adjektif)
1. Dalam konteks tali, rantai,
bersinonim dengan lentur, landung, landur, lendut, ruai,
Berantonim dengan tegang

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan berkedut, kecut,
Berantonim dengan tegang

3. Dalam konteks ikatan
bersinonim dengan longgar, tidak ketat, tidak tegang,
Berantonim dengan ketat, tegang

4. Dalam konteks krisis
bersinonim dengan reda, tidak mencemaskan, tidak membahayakan, tidak tegang,
Berantonim dengan tegang

5. Dalam konteks perniagaan
bersinonim dengan lembap, meleset, jatuh, surut, tidak menguntungkan,
Berantonim dengan untung

Kata Terbitan : mengendur, terkendur, kekenduran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accommodation of eyeakomodasi mataKejururawatanTiadaProses penyesuaian kanta untuk melihat objek pada jarak yang berbeza. Ia berlaku apabila otot siliari mengendur, kanta menjadi leper dan ini membolehkan mata memfokus benda-benda yang jauh.
arteryarteriKejururawatanTiadaSalur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke semua bahagian tubuh. Dindingnya terdiri daripada serat otot licin yang mengecut atau mengendur di bawah kawalan sistem saraf simpatetik.
antagonistantagonisSains SukanBiomekanikOtot yang bertindak untuk menstabilkan ketegangan yang wujud daripada penjanaan daya oleh otot agonis. Contohnya, jika otot agonis menguncup, otot antagonis akan mengendur untuk membolehkan berlakunya pergerakan. Banding agonis.

Kembali ke atas