jump start | permulaan lompat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kaedah untuk mengengkol enjin kenderaan semasa bateri mengalami nyahcas dengan menyambungkan bateri tercas kepada sistem pemula. |
cranking motor | motor pengengkol | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Motor elektrik yang digunakan untuk mengengkol enjin. |
torque test | ujian kilas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Ujian untuk mengukur arus yang digunakan semasa mengengkol enjin. |
stater draw | tarikan mula | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Jumlah arus elektrik yang digunakan oleh motor pengengkol apabila mengengkol enjin. |
Bendix drive | pemacu Bendix | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pemacu motor pengengkol yang menyirat dengan gigi roda tenaga untuk mengengkol enjin dan terpisah secara automatik apabila kelajuan enjin bertambah. |
load test | ujian beban | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kaedah menguji motor pengengkol dengan mengukur arus elektrik yang digunakan semasa mengengkol. |
overrunning clutch | cekam larian lebih | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pemacu dalam motor pengengkol yang mengandungi cekam yang akan terkunci semasa mengengkol dan akan terlepas apabila enjin hidup. |
flywheel ring gear | gear gelang roda tenaga | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gear yang mengelilingi roda tenaga. Gigi gear ini bersirat dengan gigi gear pada motor pengengkol semasa hendak menghidupkan atau mengengkol enjin. |