Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.ring.kan] | مڠريڠکن

Definisi : menjadikan kering, meng­usahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.ring.kan] | مڠريڠکن

Definisi : menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kering (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang, dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi,
Berantonim dengan basah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,

3. Dalam konteks durian
bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,

Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan,

Peribahasa

Basuh tangan petap abu.

Bermaksud :

Berharapkan sesuatu benda daripada orang yang bakhil, tentulah mustahil. petap = mengeringkan sesudah dibasahi; tekap.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kiln-dryingpengeringan tanurBuluhTiadaKaedah mengeringkan buluh dengan menggunakan tanur yang dilengkapi dengan sistem peredaran udara berterusan serta suhu dan kelembapan udara yang boleh dikawal.
air-dryingpengeringan udaraBuluhTiadaKaedah mengeringkan buluh secara alami, dengan mendedahkan buluh kepada udara sehingga kandungan lembapan buluh mencapai keseimbangan dengan lembapan bandingan atmosfera.
batch drierpengering kelompokKesenianTiadaAlat untuk mengeringkan benda kerja secara berkelompok.
oven dryingpengeringan ketuharKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKaedah mengeringkan cat pada suhu tinggi.
ovenketuharKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat untuk memanaskan dan mengeringkan cat dengan cepat.
balconybalkoniKesenianHiasan DalamanRuang yang menganjur keluar dari permukaan dinding sesebuah bangunan. Lazimnya, ruang ini disokong oleh tiang, pendakap atau rasuk tergantung dan dikemaskan dengan kekisi. Balkoni direka bentuk menjadi sebahagian daripada unsur bangunan yang menyediakan ruang tambahan untuk kegunaan harian, seperti beristirahat atau tempat mengeringkan pakaian.

Kembali ke atas