Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengesan;

Peribahasa

Memakan habis-habis,
     menyuruk (menyorok) hilang-hilang.

Bermaksud :

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electromagnetic sensorsensor elektromagnetFizikNanoteknologiPenderia yang menggunakan perubahan pada medan elektrik atau medan magnet secara pasif atau aktif yang berubah dengan masa untuk mengesan sesuatu parameter. Contohnya, penggunaan sistem radar untuk mengesan fenomena atmosfera yang berkemungkinan berbahaya kepada kapal terbang atau dalam penggunaan perisikan bagi mengesan isyarat mikrogelombang jarak jauh, kesan daripada pergerakan pernafasan manusia.
instrusion detection system (IDS)sistem pengesanan pencerobohan (IDS)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian yang mengesan pencerobohan atau penggunaan terlarang ke atas aset sistem komputer. Perisian ini mengesan penyimpanan daripada penggunaan biasa, iaitu IDS berasaskan perilaku atau persamaan kepada ciri yang menunjukkan pencerobohan, iaitu IDS berasaskan pengetahuan. Sistem ini mampu mengelakkan pendedahan aset komputer dalam keadaan apabila maklumat pengenalan pengguna telah dicuri dan dipintas oleh penceroboh.
scintillation counterpembilang sintilasiKimiaKimia AnalisisPeranti yang mengesan sintilasi yang dihasilkan oleh bahan pendarfluor melalui sinaran mengion di dalam tiub pemfotoganda dan litar yang digabungkan. Alat ini digunakan untuk mengesan keradioaktifan bahan.
genetic linkage analysisanalisis tatakaitan genetikBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah yang digunakan untuk mengesan lokasi alel bagi gen yang menyebabkan penyakit atau ciri. Pengesanan lokasi alel dilakukan dengan mengambil kira faktor pewarisan untuk mengesan jarak relatif antara dua alel yang bersebelahan, berdasarkan pemerhatian bahawa alel bersebelahan yang hampir dalam kromosom akan kekal berhampiran semasa proses pindah silang dalam meiosis.
kinanesthesiakinanestesiaKejururawatanTiadaKetidakupayaan mengesan kedudukan dan pergerakan bahagian tubuh.
swabberjurucalit; alat calitKesihatan AwamTiada1. Jurucalit: Individu yang mengambil sampel tisu atau rembesan dari tekak atau hidung untuk digunakan sebagai bahan uji bagi mengesan virus penyebab penyakit. 2. Alat calit: Alat yang digunakan untuk mengambil sampel tisu atau rembesan di dalam tekak atau hidung yang dijadikan sebagai bahan uji bagi mengesan virus penyebab penyakit.
biosensorbiopenderiaFizikNanoteknologiPeranti untuk mengesan analit yang menggabungkan komponen biologi dengan komponen pengesan fisikokimia. Biopenderia mengandungi beberapa komponen unsur peka secara biologi seperti tisu, mikroorganisma, organel, sel reseptor, enzim antibodi dan asid nuklid. Unsur peka dapat dibuat secara rekayasa biologi. Contoh biopenderia yang digunakan secara komersial ialah biopenderia glukosa darah yang menggunakan enzim untuk memecah glukosa darah. Peranti tersebut dapat memindahkan elektron ke elektrod dan menentukan kepekatan glukosa darah.
photosensorfotosensorFizikNanoteknologiPeranti elektronik yang mengesan kehadiran cahaya tampak, sinaran inframerah, atau sinaran ultralembayung. Kebanyakan fotosensor terdiri daripada bahan semikonduktor yang mempunyai sifat fotokekonduksian, iaitu kekonduksian elektrik berubah dengan keamatan sinaran yang menimpa permukaan fotosensor. Contoh fotosensor ialah fotodiod, fototransistor dwikutub, dan fotoFET (transistor fotopeka kesan-medan). Fotosensor sinaran ultralembayung menggunakan fotodiod nanorod zink oksida. Fotosensor digunakan dalam sistem optik gentian, pengimbas optik, pemacu cakera optik dan peranti kawalan jauh.
immunoassayimunoasaiPerikananAkuakulturUjian biokimia untuk mengesan kehadiran dan mengukur kepekatan antigen atau antibodi tertentu dalam darah atau tisu ikan. Contoh imunoasai ialah asai imunoserap terangkai enzim (ELISA) dan penghibridan in situ (ISH).
Queckenstedts testujian QueckenstedtPerubatanTiadaUjian untuk mengesan sama ada terdapat sekatan pada salur vertebra. Ujian ini dilakukan dengan menekan sebelah atau kedua-dua belah vena jugular pada leher. Pada orang yang sihat, tindakan ini meningkatkan tekanan cecair serebrospina, dan tekanan ini segera hilang apabila tekanan itu dilepaskan atau dihentikan. Tetapi pada seseorang yang mengalami sekatan salur vertebra, tindakan ini tidak mengubah tekanan cecair serebrospina.
12345678910...

Kembali ke atas