Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.te.pi.kan] | مڠتڤيکن

Definisi : 1. memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan ~ kain-kain buruk yg berselerak di rumah itu; 2. tidak memen­tingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka ter­paksalah dia ~ harga dirinya; 3. tidak me­ngen­dahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya ~ idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak ~ Datuk Bendahara; 5. menge­luarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkir­kan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah ~ semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa ~ keputusan Mahkamah Tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.te.pi.kan] | مڠتڤيکن

Definisi : 1 membawa atau menolak ke tepi: Apabila kami sampai, Adli sibuk ~ barang-barang permainan adiknya yg berselerak di tengah rumah. 2 ki tidak mementingkan; tidak mengutamakan; tidak mengendahkan: Mereka membincangkan perkara yg mus­tahak saja dan ~ perkara yg tidak penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepi (kata nama)
Bersinonim dengan pinggir, pesisir, tebing, tubir, ufuk, sisi, birai, aris, bibir, bingkai, rangka, bikar, bira, birih, biring, gigi, sempadan, perbatasan;,
Kata Terbitan : mengetepikan, bertepi, menepi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
waive1. melepskan 2. mengetepikanUndang-undangTiada1. Tidak mahu menggunakan atau menuntut hak. 2. Tidak menghendaki sesuatu syarat dipatuhi.
eliminated/eliminatiopenyisihanKesusasteraanTiadaMengetepikan naskhah-naskhah yang korup, tidak lengkap atau terlalu buruk sifat fizikalnya dalam tahap menyusun teks autoritatif dan representatif.
fabulationfabulasiKesusasteraanTiadaBentuk cereka yang mengetepikan pemaparan realiti secara tepat. Contohnya dalam cereka realistik. Cereka ini secara sedar dan sengaja memperagakan hakikat penceritaan bahawa segala yang dipaparkan hanyalah suatu bikinan. Cereka ini menonjolkan alat penceritaan yang digunakan khusus untuk membangunkan cereka tersebut. Fabulasi sering dikaitkan dengan tulisan Robert Scholes yang berjudul The Fabulators (1967). Namun pada awal tahun 1484, Caxton telah menggunakan istilah fabulator untuk maksud ini. Lihat juga metafiksyen, pascamodenisme, realisme magis.
retractorretraktorPerubatanTiadaAlat untuk menarik atau mengetepikan bahagian tisu sekeliling medan bedah semasa pembedahan.
anti-playantidramaKesusasteraanTiadaKarya drama yang mengetepikan konvensi tradisional, dan secara sengaja mengherot-herotkan bentuknya dengan mengabaikan plot yang nyata dan perkembangan watak. Biasanya dialog dalam antidrama tidak berurutan dan menyukarkan pemahaman maknanya Sesetengah dramatis telah menggunakan teknik antidrama ini, contohnya dramatis Theatre of the Absurd seperti Samuel Beckett dan Eugene Lonesco yang menghasilkan karya berjudul Rhinoceros. Antara dramatis di Malaysia yang menggunakan teknik ini ialah Dinsman dalam dramanya Ana dan Bukan Bunuh Diri.
anti-novelantinovelKesusasteraanTiadaFiksyen moden eksperimental yang sengaja mengetepikan atau menolak elemen penting dalam novel tradisional. Antara elemen tersebut ialah plot, perwatakan dan rentetan naratif yang teratur. Antara ciri utama fiksyen antinovel ialah ketiadaan plot yang ketara, perkembangan watak yang minimum, urutan masa yang pelbagai, dan kekerapan bereksperimen dengan kosa kata dan sintaksis. Penulis moden yang menghasilkan antinovel ialah Virginia Woolf dalam The Waves, James Joyce dalam Ulysses dan Albert Camus dalam The Outsider. Walau bagaimanapun, beberapa ciri antinovel hadir dalam karya Lawrence Sterne bertajuk Tristam Shandy yang ditulis pada abad ke -18. Di Malaysia, pengarang seperti A. Samad Said menggunakan unsur antinovel dalam novelnya Daerah Zeni dan Hujan Pagi. Lihat juga aliran kesedaran.
negative screeningpenyaringan negatifBiologiPatologiPenyaringan yang dilakukan dengan cara menguji dan mengetepikan atau membuang sesuatu berdasarkan ciri yang tidak baik. bd. penyaringan positif.
informal communicationkomunikasi tak formalPentadbiranTiadaKomunikasi yang mengalir dengan tidak mengira arah dan mengetepikan tahap autoriti tertentu semata-mata untuk memenuhi hasrat ahli dalam organisasi.
payor benefitfaedah pembayarPentadbiran PerniagaanTiadaRider atau peruntukan yang biasa dalam polisi juvenil untuk mengetepikan premium jika pembayar, selalunya ibu atau bapa, menjadi hilang upaya atau meninggal dunia ketika kanak-kanak tersebut belum dewasa. Peruntukan ini juga terdapat dalam polisi yang melindungi seseorang isteri yang premium dibayar oleh suaminya.
suspension of disbeliefpenggantungan ketidakpercayaanKesusasteraanTiadaBentuk empati khalayak terhadap pengarang dan karyanya. Bentuk tindak balas ini dicetuskan melalui dua proses. Pertama, kesediaan khalayak untuk mengetepikan hakikat bahawa dunia fiksyen yang ditawarkan pengarang ialah sebuah fiksyen, dan seterusnya menganggap dunia tersebut adalah benar. Kedua, kesanggupan khalayak menerima peristiwa dalam karya tersebut yang biasanya dianggap mustahil, tetapi benar-benar berlaku. Konsep ini dikemukakan oleh Coleridge dalam karyanya Biographia Literaria (1817).
12

Kembali ke atas