subotage | sabotaj | Pentadbiran | Tiada | Tindakan sengaja yang bertujuan menggagalkan sesuatu matlamat syarikat. |
crack file | fail rengkah | Teknologi Maklumat | Tiada | Fail tampal yang boleh menggagalkan ciri keselamatan pada perisian tertentu. Fail ini berfungsi dengan mengeksploitasikan kelemahan sistem, mengubah data dan kod atur cara, atau dengan mencari jalan pintas yang boleh memberikan capaian terlarang kepada semua fungsi lengkap perisian berkenaan. |
collateral attack | tindakan sampingan | Undang-undang | Tiada | Suatu cubaan untuk mengelakkan atau menggagalkan atau menafikan kuat kuasa atau kesan sesuatu prosiding kehakiman melalui suatu prosiding sampingan yang tidak diperuntukkan oleh undang-undang bagi maksud itu. |
crack file | fail rengkah | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Fail tampal yang boleh menggagalkan ciri keselamatan pada perisian tertentu. Fail ini berfungsi dengan mengeksploitasikan kelemahan sistem, mengubah data dan kod atur cara, atau dengan mencari jalan pintas yang boleh memberikan capaian terlarang kepada semua fungsi lengkap perisian berkenaan. |
common law defenses | pembelaan common law | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alasan atau rayuan yang boleh menggagalkan dakwaan seseorang pekerja yang tercedera terhadap majikannya melainkan ada undang-undang pampasan pekerja atau liabiliti majikan. Tiga pembelaan atau alasan itu ialah kecuaian sertaan, risiko tertanggung dan peraturan kecederaan disebabkan oleh rakan sekerja. |
security violation | pencabulan keselamatan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan yang dilakukan oleh pengguna hasad untuk mengelak atau menggagalkan kawalan suatu sistem maklumat untuk memperoleh capaian terlarang. |
block | bongkah; sekat; blok; takal;; adang (Tenis) | Perubatan | Tiada | 4. Blok: Ketulan bahan seperti lilin yang telah dibentuk mengikut landas dentur.,5. Blok: Menghalang atau menggagalkan fungsi sesuatu seperti blok saraf alveolar. |
network weaving | penganyaman rangkaian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan membuat sambungan secara tidak terus dari komputer pengguna ke komputer sasaran dengan terlebih dahulu membuat beberapa sambungan kepada komputer perantaraan untuk menyukarkan atau menggagalkan usaha mengenal pasti lokasi komputer pengguna yang sebenar. Penyambungan ke komputer perantaraan dibuat menggunakan perisian kawalan jauh seperti telnet,rlogin,VNC,pe Anywhere atau BackOrifice. Perbuatan ini dilakukan untuk mengelakkan identiti penyerang daripada dikesan. Contohnya, pengguna hasad dari komputer A yang ingin menyerang komputer B, akan telnet kepada komputer C terlebih dahulu. Serangan dilakukan ke komputer B melalui komputer C. Sekiranya pentadbir sistem komputer B cuba mencari punca serangan, log jejaknya akan menunjukkan penyambungan daripada komputer C dan bukannya daripada komputer A. |
negative joiner | penghubung negatif | Komunikasi | Korporat | Ahli atau sekumpulan kecil ahli yang mempunyai pandangan dan ketetapan yang berbeza dengan ahli-ahli lain dalam sesebuah kumpulan. Kehadiran mereka boleh menghalang kelancaran proses membuat keputusan dan seterusnya boleh menggagalkan proses tersebut. Dalam hal ini, fungsi pengamal dalam perhubungan awam adalah untuk mengelak, mengawal, atau mengurangkan unsur-unsur tersebut bagi memastikan matlamat asal sesuatu perundingan dapat dipersetujui bersama. Kaedah yang sering digunakan adalah melalui pelobian, pemujukan antara peribadi, dan peranan media massa. |
self-encrypting virus | virus swasulit | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus swaherot yang menggunakan algoritma penyulitan bersama kekunci yang berubah pada setiap kali jangkitan. Virus ini mengubah kandungannya agar berlainan dengan tandatangan virus yang dikenali. Virus ini akan menggunakan kekunci penyulitan yang sentiasa berubah supaya bentuk virus yang tersulit sentiasa berlainan dan seterusnya menggagalkan usaha perisian antivirus yang mengumpul tandatangan virus yang baru. |