supply-side economy | ekonomi sebelah penawaran | Ekonomi | Tiada | Falsafah ekonomi yang mempercayai bahawa peningkatan pengeluaran oleh sektor swasta dapat dicapai dengan mengurangkan cukai dan perbelanjaan. Pengurangan cukai akan menggalakkan pelabur swasta menambahkan pengeluaran melalui penambahan tenaga kerja. Pengurangan cukai juga akan menggalakkan individu dan sektor swasta meningkatkan tabungan dan pelaburan. Peningkatan pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi tanpa mewujudkan inflasi. Fahaman ekonomi yang di pelopor oleh Laffer ini mengurangkan kadar pengangguran, dan ini bertentangan dengan ekonomi sebelah permintaan yang dipelopori oleh Keynes. |
adaptogen | adaptogen | Herba | Tiada | Herba yang menggalakkan sistem imun bagi membantu tubuh menyesuaikan perubahan, mengawal atur stres dan mengembalikan kerintangan imun secara semula jadi. Contoh herba ini ialah pegaga, kacip fatimah, bawang putih, gingko, echinacea (ekinasea), ginseng dan goldenseal. |
diaphoretic | diaforetik | Herba | Tiada | Herba yang menggalakkan perpeluhan untuk mengeluarkan toksin melalui kulit. Contoh herba ini ialah cili, lada hitam dan bawang putih. |
emmenagogue | emenagog | Herba | Tiada | Herba yang menggalakkan aliran menstruasi. Contoh herba ini ialah lidah buaya, kunyit, halia, safron, black cohosh dan goldenseal. |
galactagogue | galaktagog | Herba | Fitoterapi | Bahan yang menggalakkan pengeluaran susu ibu. |
kinship motivator | penggerak pertalian keluarga | Pelancongan | Tiada | Pendorong yang menggalakkan seseorang supaya saling mengunjungi saudara-mara dan mengenali antara satu sama lain untuk mengeratkan tali persaudaraan. |
peacebuilder | penggerak keamanan | Umum | Tiada | Individu atau organisasi yang menyokong, menggalakkan dan membawa kepada keamanan. Individu atau organisasi ini berusaha untuk melaksanakan langkah-langkah yang dapat mewujudkan dan mempertahankan keamanan dalam sesebuah negara yang terjejas akibat perang atau konflik-konflik lain melalui sokongan terhadap ekonomi, politik dan pembangunan sosial. |
positive reinforcement | pengukuhan positif | Perubatan | Psikiatri | Ganjaran yang diberikan untuk menggalakkan sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang baik. |
hepatic | hepatik | Herba | Tiada | Herba yang digunakan untuk menguatkan, meningkatkan dan menggalakkan pengaliran hempedu bagi mengekalkan fungsi hati pada paras normal. Contoh herba ini ialah buah zaitun dan dukung anak. |
foot tour | lawatan berjalan kaki | Pelancongan | Tiada | Program yang diatur untuk menggalakkan pelancong berjalan dari satu tempat tarikan ke tempat tarikan yang lain, biasanya berdekatan antara satu sama lain. |