Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gang.gu] | مڠݢڠݢو

Definisi : 1. mengusik, mengacau: pekerjaan orang jangan diganggu; 2. mengusik, mempermain-mainkan, menggoda (perempuan): tidak baik awak ~ murid perempuan itu; 3. menghalangi, mencegah, memacetkan, merusuh: batuknya ~ ia bercakap; ~ keamanan merosakkan keamanan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gang.gu] | مڠݢڠݢو

Definisi : 1 berbuat sesuatu utk menimbulkan rasa tidak tenteram atau rasa gelisah; berbuat sesuatu utk menyusahkan orang lain sama ada dgn niat jahat atau utk bermain-main saja; mengusik: Jangan suka ~ anak isteri orang. 2 menyebabkan tidak dpt berjalan sebagaimana yg sepatutnya; menghalang sesuatu drpd berjalan dgn lancar; menimbulkan kekacauan dll: Orang Inggeris berasa risau kerana peperangan saudara di negeri Perak itu ~ perniagaan mereka. ~ gugat mendakwa atau memperkarakan: Menurut perlembagaan, tiada seorang pun yg boleh ~ gugat kedudukan seseorang sultan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengganggu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jamsesakKejuruteraanTiada1. Sesak: Keadaan pada suapan kad yang mengganggu perjalanan biasa kad tebuk melalui mesin kad tebuk.,2. Mengganggu penerimaan isyarat radio secara elektronik.,3. Proses atau mekanisme yang terhenti berfungsi kerana kerosakan yang menghalangnya beroperasi.,4. Penuh dengan lalu lintas menyababkan laluan tidak boleh direntasi dengan keselesaan yang biasa.
antimetaboliteantimetabolitHerbaFitokimiaBahan asing yang bersaing, menggantikan, atau merencatkan lalu mengganggu-gugat fungsi sesuatu bahan dalam sel. Bahan asing ini boleh memasuki sel kerana strukturnya menyerupai metabolit asal, namun bahan ini tidak bertindak dengan cara yang sama seperti metabolit asal. Bahan asing ini boleh merencat tindakan enzim atau bertukar menjadi sebatian lain yang boleh membawa kebaikan atau kemudaratan. Contohnya, drug sulfa digunakan untuk mengubati penyakit bawaan bakteria kerana drug ini bertindak mengganggu sistem metabolisme bakteria tersebut tetapi tidak mengganggu sistem metabolisme manusia.
interferingmenggangguPendidikanTiadaTiada
disruptivemengganggu; memecahkanPerubatanTiadaTiada
disturbing lightcahaya menggangguKomunikasi MassaTiadaTiada
offensive tradetred menggangguUndang-undangTiadaTiada
interfering metal ionion logam menggangguKimiaTiadaTiada
intrudes upon the privacy of a womanmengganggu kesantunan seseorang perempuanUndang-undangTiadaTiada
denervatenyahsarafPerubatanTiadaMemotong atau mengganggu bekalan saraf ke sesuatu bahagian.
antiprogestinantiprogestinFarmasiFarmakologiAgen yang mengganggu penghasilan, pengambilan, pengangkutan atau tindakan progesteron. Agen ini juga merangkumi antagonis reseptor progesteron. Contoh agen ini ialah mifepristona.
12345678910...

Kembali ke atas