Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gan.ti.kan] | مڠݢنتيکن

Definisi : menjadi ganti: anak negeri yg pandai sudah boleh ~ pegawai-pegawai dagang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gan.ti.kan] | مڠݢنتيکن

Definisi : membenarkan orang lain melakukan sesuatu sbg ganti orang yg mula-mula; menjadikan sbg ganti: Akhirnya Tun Perak dilantik oleh Raja ~ ayahnya menjadi Bendahara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggantikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
metonymymetonimiKesusasteraanTiadaKiasan kata yang menggantikan sesuatu benda dengan benda yang lain pada sifat yang ada. Contohnya, mahkota untuk monrki. Perkataan �mahkota� dalam contoh di atas membawa konotasi daulat, wibawa, istiadat, keagungan dan feudalisme. Contoh lain ialah �bunga� untuk wanita, �kumbang� untuk lelaki dan �pentas� untuk teater. Istilah metonimi berasal daripada perkataan Yunani yang bermakna �penukaran nama�.
dubbingdabingSosiologiTiadaProses mencipta, menambah atau menggantikan trek audio dan video.
tertuliatertuliaKesusasteraanTiadaSejenis salon sastera Sepanyol yang menggantikan akademi sastera formal pada abad ke-18. Salon tertulia juga wujud di Filipina, khususnya dalam kalangan elit yang mendapat pendidikan Sepanyol. Majlis tertulia Filipina yang tipikal sebelum Perang Dunia Kedua digambarkan dengan jelas dan menarik dalam drama tersohor berjudul A Portrait of the Artist as Filipino oleh Nick Joaquin. Tertulia dipercayai berasal daripada perkataan tertuliantes bermaksud �golongan berpelajaran atau paderi dalam kalangan penggemar teater�. Golongan ini dikenali sebagai tertuliantes kerana sering memetik kata-kata Tertulian, salah seorang pengarang unggul Kristian yang menulis dalam bahasa Latin. Beliau menulis karya berjudul Apologeticus serta beberapa karangan tentang kehidupannya sebagai seorang Kristian. Selain itu, tertulia merupakan tempat duduk utama yang terletak pada bahagian atas atau galeri di dalam teater.
overwritting virusvirus penulisgantianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang menggantikan fail hos yang dijangkiti secara sepenuhnya dan menyimpan nama dan maklumat fail asal supaya virus boleh merebak. Virus ini akan dilancarkan apabila pengguna lain cuba mencapai fail asal dengan membekalkan arahan yang mengandungi nama fail tersebut.
alkylating agentagen pengalkilSains KesihatanTiadaBahan yang dapat menggantikan atom hidroen dengan radikal alkil dalam sesuatu sebatian.
antonomasiaantonomasiaKesusasteraanTiadaFrasa deskriptif yang berbentuk kiasan bagi menggantikan panggilan nama seseorang. Contoh: "Marhum Mangkat Dijulang" untuk maksud nama khas Sultan Mahmud Johor.
passphraseungkapan laluanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAyat biasa yang digunakan untuk menggantikan kata laluan. Penggunaannya bertujuan untuk menyukarkan serangan kata laluan.
deliberate adulterationcampur palsu secara sengajaHerbaTiadaPerlakuan sengaja mencampurkan atau menggantikan bahan mentah atau sediaan herba tulen atau kurang berkualiti dengan bahan pemalsu. Campur palsu dilakukan untuk mengurangkan kos pemprosesan sediaan herba yang sukar diperoleh atau mahal, menopengi bahan mentah yang kurang berkualiti dan meningkatkan keberkesanan sediaan herba. Bahan pemalsu ialah bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi herba, bahagian atau spesies tumbuhan yang kurang berkualiti, bahan kimia dan ubat sintetik. Campur palsu ini boleh dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan gravimetri.
flexible curvepembaris liutKesenianHiasan DalamanAlat yang digunakan untuk melukis bagi menggantikan lengkung Perancis untuk membuat pelbagai bentuk lukisan, terutamanya yang berbentuk bulatan. Peralatan ini juga membolehkan pelukis pelan mengubah bentuk dari satu lukisan kepada satu lukisan yang lain.
displacing of meaninggantian maknaKesusasteraanPuisiPerlambangan yang digunakan oleh penyair bagi menggantikan makna asal yang terdapat pada diksi, frasa ataupun kalimat.
12345

Kembali ke atas