goal determination | penentuan matlamat | Sosiologi | Tiada | Proses menggariskan matlamat yang hendak dicapai bagi sesuatu rancangan. |
collection procedure | tatacara kutip | Pentadbiran | Tiada | Tatacara yang menggariskan cara-cara mengutip akaun belum terima. |
conformal mapping | pemetaan menyama bentuk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Cabang matematik yang menggariskan kaedah pemindahan garisan dari satu geometri ke bentuk geometri yang lain tetapi masih mengekalkan keortogonannya supaya kesepadanan antara sistem boleh dibandingkan. Misalnya, dengan menggunakan pemetaan menyama bentuk, penyelesaian bagi medan elektromagnet boleh diubahsuai untuk mendapatkan profil suhu atau halaju sesuatu aliran. |
astigmatizer | pengastigmat | Fizik | Optik | Peranti yang dilekapkan pada penentu julat untuk menggariskan atau menjalurkan titik cahaya. |
organisation theory | teori organisasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Gullick (1937), telah menggariskan tiga komponen penting yang terkandung dalam teori ini, iaitu pembahagian kerja, koordinasi kerja dan corak organisasi. Teori ini boleh diklasifikasikan kepada organisasi formal dan tidak formal. Organisasi formal adalah organisasi yang bersistematik, berstruktur, bervisi, bermisi, berobjektif dan bermatlamat. Para sarjana merujuk organisasi formal sebagai organisasi kerja, tanpa mengira bentuk, saiz, struktur atau jenis organisasi. Organisasi jenis ini juga berteraskan kepada kuasa, pangkat, peranan dan tanggungjawab yang diagihkan mengikut kesesuaian dan kelayakan. Organisasi formal mempunyai tingkat hierarki yang jelas membezakan antara majikan dengan pekerja, melalui hierarki yang ditunjukkan dalam carta dan struktur organisasi. Manakala organisasi tidak formal menjurus kepada pembentukan kumpulan manusia. Mereka membentuk kumpulan atau kelompok untuk bersosial dan mempertingkatkan kualiti ke |
Acceptable Use Policy (AUP) | Dasar Guna Boleh Terima (AUP) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Dasar yang menggariskan penggunaan pelbagai sumber pengkomputeran atau rangkaian. Dasar ini biasanya diguna pakai terhadap institusi yang menyediakan capaian kepada sistem rangkaian itu sendiri. |
dialect area | kawasan dialek | Linguistik | Tiada | Daerah geografi yang diliputi oleh dialek sesuatu bahasa, dibatasi oleh isoglos yang menggariskan perbezaan sebutan, tatabahasa, dan kosa kata. |
Agreement Establishing the World Trade Organisation | Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perjanjian yang menubuhkan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), yang menggariskan ruang lingkup, fungsi, struktur, proses membuat keputusan dan peraturan keahlian pertubuhan antarabangsa tersebut. Perjanjian ini mengakhiri Rundingan Pusingan Urugay dan dimuktamadkan di Marrakesh pada tahun 1994. Selain menamatkan ciri ad hoc Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT), perjanjian ini juga mempertingkatkan liberalisasi perdagangan dunia daripada perdagangan barangan kepada perkhidmatan dan harta intelek. |
Atlantic Charter | Piagam Atlantik | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Piagam yang dipersetujui pada tahun 1941 hasil pertemuan antara pemimpin British, Winston Churchil dengan Presiden Amerika, Roosevelt. Piagam ini menggariskan asas politik kedua-dua buah negara. Prinsip piagam adalah seperti yang berikut: i. kedua-dua kuasa tidak bertujuan untuk memperluas wilayah masing-masing; ii. mereka tidak berniat untuk mengubah ruang wilayah yang tidak diingini oleh rakyat negara berkenaan; iii. mereka menghormati hak semua bangsa untuk menentukan bentuk pemerintahannya. Hak kedaulatan dan pemerintahan sendiri yang dirampas secara kekerasan harus dikembalikan semula kepada rakyat negara yang berkenaan; iv. mereka akan berikhtiar memajukan perhubungan baik antara semua bangsa, tanpa mengira negara besar atau kecil, bangsa yang kalah atau yang menang, dan juga akan berusaha memajukan perdagangan dan bahan mentah dunia atas dasar persamaan yang diperlukan bagi kemakmuran ekonomi; v. mereka akan berusaha memajukan kerjasama sepenuhnya bagi kesemua negara dalam bidang ekonomi, memper |
media strategy statement | penyataan strategi media | Komunikasi | Korporat | 1. Laporan yang menjelaskan tentang kedudukan sesuatu media dalam pasaran semasa. Laporan ini biasanya disediakan oleh pihak agensi pengiklanan. Kandungan laporan ini menggariskan cadangan agensi mengenai prestasi media berdasarkan hasil penarafan khalayak. Berdasarkan hasil analisis prestasi media tersebut, agensi akan mencadangkan secara khusus media yang boleh menonjolkan objektif pasaran sesuatu jenama barangan mengikut jumlah kewangan yang ada. 2. Kertas cadangan yang mengandungi maklumat berkaitan konsep, format, pendekatan, dan proses per-sembahan mesej pengiklanan. Fungsi kertas ini adalah untuk membantu pihak pembuat keputusan dalam agensi bagi mengenal pasti, dan memutuskan strategi yang terbaik dan efektif. Maklumat yang disusun dalam kertas ini juga boleh membantu pihak penulis iklan dan pihak penerbit untuk mencari strategi kreatif persembahan. Maklumat utama yang perlu dicatatkan dalam penyataan strategi media ialah jenama barangan, jenis media, jenis khalayak sasaran, sifat khalayak dan barang |