Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gem.bar.gem.bur.kan] | مݞݢمبر- ݢمبورکن

Definisi : menyorak-nyorakkan, menyeru-nyerukan, melaung-laung­kan: apa gunanya semboyan palsu itu digembar-gemburkan; keburukan Pak Kasa sentiasa digembar-gemburkan, terutama oleh watak Dogol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gem.bar.gem.bur.kan] | مݞݢمبر- ݢمبورکن

Definisi : meneriak-neriakkan dgn suara yg nyaring; melaung-laungkan: Dia tidak menunaikan janji yg digembar-gemburkannya dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggembar-gemburkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biographical criticismkritikan biografiKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menggunakan latar belakang pengarang sebagai kerangka rujukan untuk mentafsirkan makna teks. Kritikan biografi berasaskan pendapat bahawa pemahaman tentang kehidupan pengarang boleh memberikan pengertian yang lebih jelas tentang karyanya. Riwayat hidup pengarang memperlihatkan bagaimana faktor persekitaran, pengalaman dan pembacaan mempengaruhi penulis secara sedar dan tidak sedar dalam penciptaan karya. Membaca biografi penulis bukan sahaja mengubah tetapi mendalamkan pengamatan pembaca terhadap teks tersebut. Walau bagaimanapun, data biografi boleh mengelirukan pembaca. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pengarang mengubah fakta sejarah dengan menyembunyikan perihal yang memalukan, dan menggembar-gemburkan perihal yang akan menyerlahkan lagi karya mereka. Penggunaan data biografi yang berlebih-lebihan dianggap sebagai kekeliruan biografi, dan situasi ini dicabar oleh kritikan sastera yang disebut kritikan baru. Sebaliknya, penggunaan data biografi yang bijak dapat menghasilkan interpretasi teks yang lebih tuntas. Umpamanya, novel Salina karya A. Samad Said pastinya dapat diinterpretasikan dengan lebih mendalam sekiranya penulisnya diketahui secara mendalam. Hal ini demikian kerana banyak pengalaman pahit zaman perang pengarang yang mendorong kepada penciptaan karyanya.

Kembali ke atas