post-emergence tillage | pembajakan pascacambah | Pertanian | Agronomi | 1. Aktiviti menggemburkan tanah dengan alat bajak setelah biji benih rumpai bercambah, untuk menghapuskan rumpai. Aktiviti ini dilakukan sebelum menanam tanaman. 2. Aktiviti menggemburkan tanah dengan alat bajak di antara barisan tanaman setelah biji benih tanaman bercambah, yang bertujuan untuk mengawal rumpai antara baris. Pembajakan yang dilakukan selepas penuaian hasil, untuk membersihkan sisa hasil tanaman, sebelum penanaman berikutnya. Selain itu, pembajakan pascatuai juga dapat meningkatkan kelembapan tanah. |
harrow | sikat | Pertanian | Tiada | Operasi pemugaran sekunder bertujuan menggemburkan dan meratakan batas, juga untuk mengawal rumpai atau menggaulkan bahan-bahan yang ditabur di permukaan batas. |
subsoiling | Pembajakan subtanah | Pertanian | Tiada | Pembajakan subpermukaan tanah yang padat, tanpa mengganggu tanah atas, bertujuan untuk menggemburkan subtanah bagi memudahkan pergerakan air dan pertumbuhan akar. |
arable farming | perladangan tanaman | Pertanian | Agroteknologi | Jenis pertanian yang melibatkan penyediaan tanah sebelum penanaman dilaksanakan. Amalan ini dilakukan di kawasan tanah datar, yang membolehkan jentera penyediaan tanah digunakan untuk menggemburkan tanah supaya sesuai digunakan untuk perladangan tanaman semusim seperti jagung, padi dan ubi. Biasanya, input lain juga diberikan seperti baja dan pengairan. Jenis pertanian ini berbeza dengan pertanian yang tidak melibatkan apa-apa penyediaan tanah seperti keadaan padang rumput semula jadi yang digunakan sebagai padang ragut ternakan tanpa tanah itu dibajak atau ditanam dengan apa-apa juga tanaman. |