Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.go.so/] | مڠݢوسوق

Definisi : 1. membersihkan (menggilapkan dll) dgn tangan (berus, kain, dll), menggeser-geserkan (berus, kain, dll) pd sesuatu dgn keras, menyental: sbg orang gaji kerjanya ialah memasak, mencuci pakaian dan ~ lantai; 2. menyeterika (baju dll); 3. = menggosok-gosok membangkit-bangkitkan kemarahan, menghasut: jika tiada orang yg ~ tidak mungkin ia mahu melawan; 4. menggilap (mengasah, menyerodi) permata dll; 5. ark menggesek (biola dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.go.so/] | مڠݢوسوق

Definisi : 1 membuat sesuatu menjadi licin dll dgn menggunakan sesuatu; menggeserkan sesuatu pd sesuatu benda lain supaya berkilat, bersih dsb: Abu sedang ~ gigi. 2 = ~ pakaian menyeterika pakaian. 3 mengasah batu permata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggosok


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abrasivepelelasTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBahan pelelas yang digunakan untuk membersihkan permukaan sampel dengan cara menggosok, menggahar, dan melicau. Bahan ini biasanya digunakan dalam bentuk kertas pembersih atau dipasang pada mesin pembersih permukaan. Tujuan penggunaannya adalah untuk menyingkirkan lapisan cat atau melicinkan permukaan sampel mengikut keperluan sebelum ujian tanpa musnah dilakukan. Contohnya, kertas pasir, kapur dan silika. Sinonim pembersihan lelasan.
antiquingmengantikkanKesenianHiasan DalamanProses untuk menjadikan sesuatu barangan baharu supaya kelihatan agak antik. Proses tersebut dilakukan dengan kaedah memukul perlahan-lahan, menggosok atau 'merosakkan' barangan serta menggunakan rawatan asid.
brushberus; berus karbonKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan Kereta(1) Alat untuk mengecat. (2) Bongkah yang dibuat daripada bahan campuran karbon yang digunakan untuk menggosok permukaan berputar.

Kembali ke atas