octane number | nombor oktana | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Nombor yang mewakili purata campuran mengikut nisbah isi padu antara iso-oktana (CH) yang diberi indeks 100 dengan heptana normal (C,H,,) yang diberi indeks 0. Nilai ini berkadaran dengan keamatan ketukan bahan api tertentu dalam enjin piawai dalam keadaan operasi tertentu. Nombor oktana digunakan untuk menggredkan bahan api gasolin. Sinonim pengkadaran oktana. |
cetane number | nombor setana | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Nombor yang mewakili purata campuran mengikut nisbah isi padu antara setana normal (CH) yang diberi indeks 100 dengan a-metil-naftalina (C16H,34 yang diberi indeks 0. Nilai ini berkadaran dengan keamatan ketukan bahan api tertentu dalam enjin piawai di bawah keadaan operasi tertentu. Nombor setana digunakan untuk menggredkan bahan api diesel. |
viscosity rating | pengkadaran kelikatan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penunjuk kelikatan bagi minyak pelincir. Piawaian yang biasa digunakan adalah berdasarkan sistem klasifikasi yang dikeluarkan oleh Persatuan Jurutera Automotif (SAE), Amerika Syarikat untuk kegunaan musim panas dan musim sejuk. Contoh gred musim sejuk ialah SAE5W, SAE10W dan SAE20W. Manakala gred musim panas ditandakan sebagai SAE20, SAE30, SAE40 dan SAE50. Kebanyakan minyak pelincir biasa mempunyai dua gred contohnya SAE10W-50. Di samping piawaian ini, terdapat beberapa piawaian lain yang digunakan seperti ISO yang menggredkan minyak mengikut gred tertentu. Contohnya, minyak gred ISO 32 yang mempunyai julat kelikatan 28.8 cSt hingga 35.2 cSt dengan titik tengah 32 cSt. |