Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.bal] | مڠݢوبل

Definisi : membuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dll), membentuk dan mengatur (menyusun): jawatankuasa itu telah ~ satu perlembagaan yg baru; terpulanglah kpd kerajaan kelak utk ~ dasar-dasar utk menggalakkan bumiputera dlm perniagaan dan perdagangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gu.bal] | مڠݢوبل

Definisi : mengetuk hujung besi, ribet dsb supaya berbentuk spt bongkah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[meng.gu.bal] | مڠݢوبل

Definisi : menyusun undang-undang dgn memilih perkataan-perkataan yg sesuai: Mereka telah ~ perlembagaan itu selama setahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggubal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drafting (law)menggubal (undang-undang)Undang-undangTiadaTiada
drafting sectionbahagian menggubalUndang-undangTiadaTiada
instructional designreka bentuk pengajaranPendidikanTiadaProses menggubal dan merancang pengajaran secara bersistem dengan meneliti matlamat, kaedah, aktiviti dan hasil pembelajaran yang diharapkan.
monetary authorityautoriti kewanganEkonomiTiadaAgensi yang fungsi utamanya telah menggubal dan melaksanakan dasar kewangan melalui kawalan terhadap penawaran wang atau kadar bunga. Antara fungsi lain autoriti tersebut ialah mencetak wang, menjadi penasihat kewangan kepada kerajaan, dan menguruskan hutang negara. Lihat juga dasar kewangan.
councilmajlisSejarahTiadaKumpulan orang yang dilantik atau dipilih untuk memberi nasihat, menggubal undang-undang dan melaksanakan rancangan.
legislative bodybadan perundanganPentadbiranPentadbiran Awam

Institusi yang bertanggungjawab untuk membahas, menggubal atau meminda perlembagaan dan undang-undang negara; membincang dan meluluskan belanjawan negara; meluluskan cukai baru; membahaskan dasar dan berbagai keputusan penting yang melibatkan negara. Badan ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Penggubalan rang undang-undang akan melalui Dewan Rakyat, Dewan Negara yang kemudiannya diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Badan ini dianggotai oleh wakil rakyat atau ahli parlimen. Institusi ini merupakan salah sebuah dari tiga institusi pemerintahan di samping eksekutif dan kehakiman.

separation of powerspengasingan kuasaPentadbiranPentadbiran Awam

Pemisahan fungsi legislatif yang menggubal undang-undang, eksekutif yang melaksana undang-undang dan kehakiman yang mentafsir undang-undang dalam pemerintahan negara. Badan legislatif atau Parlimen diletak terpisah dari badan eksekutif dan badan kehakiman. Pemisahan ini perlu kerana kuasa yang tertumpu kepada satu badan atau seorang hanya mendorong kepada penyalahgunaan kuasa. Oleh itu ia perlu dipisahkan kepada badan yang berbeza. Contohnya, amalan pemisahan kuasa seperti yang terdapat di Amerika Syarikat.

policy researchpenyelidikan dasarKomunikasiTiadaKaedah penyelidikan yang dilakukan untuk menentukan dasar dalam menggubal polisi komunikasi.
policy makerpembuat dasarSejarahTiadaOrang atau kumpulan tertentu yang mempunyai kuasa untuk menentukan atau menggubal sesebuah dasar dalam pemerintahan negara.
central agencyagensi pusatPentadbiranPentadbiran Awam

Badan bertindak kerajaan di peringkat persekutuan yang bertanggungjawab menggubal dasar pengurusan kewangan dan membantu membangunkan ekonomi negara. Badan ini juga terlibat dalam pengurusan sumber manusia sektor awam di samping memantau dan mengawalselia pelaksanaan dasar yang berkaitan. Contoh agensi pusat ialah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Kesemua agensi pusat ini diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

123

Kembali ke atas