anticipated operational occurrence (AOO) | kejadian kendalian dijangka | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peristiwa atau keadaan yang diramal berpotensi untuk menggugat keselamatan reaktor nuklear semasa kendalian normal namun tidak mengakibatkan keadaan kemalangan. |
g�tterd�mmerung | g�tterd�mmerung | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang bertemakan keruntuhan dan kemusnahan dunia yang diiringi oleh keganasan yang menggugat ketamadunan manusia. Kekalahan tentera Austria dan rusia di Austerlitz yang dilukiskan oleh Tolstoy dalam karyanya War and Peace disebut g�tterd�mmerung. G�tterd�mmerung berasal daripada perkataan Jerman yang bermaksud �senja kala dewa-dewa�. |
workplace victimization | pemangsaan tempat kerja | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Keadaan seseorang pekerja yang menjadi mangsa secara fizikal atau bukan fizikal di tempat kerja yang menggugat kesejahteraan atau prestasi pekerja tersebut. Contohnya, membuli di tempat kerja, gangguan seksual dan mendedahkan pekerja kepada bahaya yang tidak wajar. |
digestion | pencernaan | Herba | Tiada | Proses maserasi yang dilakukan pada suhu 40�C � 50�C bagi mempercepat pengekstrakan bahan herba. Penggunaan suhu yang terlalu tinggi akan menggugat kestabilan komponen kimia. |
opposition coalition | gabungan pembangkang | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pakatan antara beberapa parti pembangkang yang dibentuk untuk menambah kekuatan bagi menyaingi parti pemerintah. Gabungan seperti ini bersifat kerjasama dan tidak menggugat identiti parti masing-masing. Gabungan ini dibentuk kerana parti pembangkang mempunyai sentimen dan kepentingan yang sepunya. Gabungan ini membolehkan kerusi yang dimiliki oleh pembangkang menjadi lebih besar. Contoh, gabungan pembangkang seperti parti Congress (O), Sosialis dan Jana Sangh yang membentuk gabungan Janata di India pada tahun 1977 dan telah menjatuhkan pemerintahan Congress (I). |
sectarianism | sektarianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mengutamakan sentimen kelompok tertentu yang berasaskan agama, bahasa, kekeluargaan, tempat asal, hubungan darah, warna kulit mahupun ideologi. Fahaman ini menolak unsur objektiviti atau rasionalisme yang boleh menggugat kepentingan kelompok yang diutamakan. Pemikiran parokial ini terdapat dalam sebuah masyarakat yang tradisional, kurang pendidikan dan terpisah dari dunia luar. Walau bagaimanapun, unsur ini juga terdapat dalam masyarakat moden terutamanya yang berasaskan ideologi dan organisasi tertentu. Contohnya, faham kepuakan adalah sangat tinggi dalam politik India apabila setiap kaum dan negeri memiliki parti dan NGO sendiri seperti Liga Muslim, Hindu Mahasabha, Akali Dal dan Telugu Desam. Sinonim faham kepuakan. |
domestic tragedy | tragedi keluarga | Kesusasteraan | Tiada | Drama tragedi yang memaparkan masalah kehidupan peribadi atau rumah tangga dalam masyarakat kelas pertengahan (borjuis). Sehingga akhir kurun ke-17, kebanyakan tragedi menampilkan kemusnahan protagonis dalam kalangan bangsawan yang menggugat kedudukan negara. Pada kurun ke-18, penulis mula mempopularkan tragedi keluarga. Tragedi ini mengisahkan masalah biasa yang dialami setiap hari oleh protagonis daripada masyarakat borjuis dan semasa. Tragedi keluarga boleh diaplikasikan secara berhati-hati daripada karya Ibsen, Strindberg, Eugene O�Neill, Tennessee Williams, dan Arthur Miller. |
ultramontanism | ultramontanisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mengutamakan kuasa gereja dalam pemerintahan negara. Fahaman ini berkembang pada zaman kegemilangan Rom semasa agama atau gereja memainkan peranan penting dalam urusan pemerintahan. Fahaman ini juga berkembang sebagai reaksi kepada perkembangan rasionalisme dan humanisme yang cuba menggugat peranan gereja. Pendukung fahaman ini telah melaksanakan berbagaibagai gerakan bagi memelihara kedudukan tinggi agama dan pope. Kini perbincangan mengenai ultramontanisme tidak terbatas kepada agama Kristian semata-mata. |
political crime | jenayah politik | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah atau pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh individu atau kumpulan untuk mencapai tujuan politik. Jenayah ini selalunya disasarkan kepada negara/kerajaan atau sistem politik. Contohnya, serangan siber yang dilakukan ke atas sistem komputer kerajaan dengan tujuan menggugat keupayaan pentadbiran negara. |
trusted computing base (TCB) | asas pengkomputan terpercaya (TCB) | Teknologi Maklumat | Tiada | Aras sistem komputer yang digunakan untuk menguatkuasakan dasar keselamatan. Asas ini terdiri daripada semua perkakasan, perisian, sistem pengendalian, prosedur, petua dan amalan yang diguna pakai dalam persekitaran sistem komputer berkenaan. Setiap unsur ini diyakini akan sentiasa berjaya melaksanakan fungsinya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh menggugat integriti dasar keselamatan yang ingin ditegakkan kerana unsur berkenaan merupakan titik kegoyahan keselamatan sistem. Oleh itu, unsur sistem tersebut perlu dinilai dan diperkukuh supaya kegagalan satu atau lebih unsur tidak menggugat dasar keselamatan sistem secara keseluruhan. |