Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.gur.kan] | مڠݢوݢورکن

Definisi : 1. menjatuhkan: risalah-risalah digugurkan dr kapal terbang; 2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dgn sengaja): dgn diam-diam anak yg dlm kandungannya digugurkan; 3. mengeluarkan drpd (tidak memasukkan ke dlm) pasukan dll: Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain drpd skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini; 4. tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (drpd penggunaan): dlm situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yg difikirkan lebih umum; contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada, ataupun oleh tidak boleh digugurkan; 5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dsb), tidak terus menuntut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gu.gur.kan] | مڠݢوݢورکن

Definisi : 1 menyebabkan gugur; menjatuhkan: Seekor kera sedang ~ buah jambu ke dlm sungai. 2 sengaja mengeluarkan anak dr kandungan sebelum cukup tempohnya (lalu anak tsb meninggal dunia). 3 tidak dibenarkan utk terus menyertai sesuatu pasukan (pertandingan dll): Pemain itu telah digugurkan drpd pasukannya kerana enggan mengikuti latihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggugurkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mispronounciationsalah sebutSains KesihatanTiadaSalah menyebut perkataan seperti menambahkan atau menggugurkan satu suku kata. Contohnya, katak disebut sebagai tak.
anonymisationpenyahnamaanTeknologi MaklumatTiadaTeknik pemprosesan data dengan mengubah suai atau menggugurkan maklumat peribadi bagi menghasilkan data tanpa nama yang tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana individu.
jackknifingterikat gugurBioinformatikBioinformatik MolekulTeknik yang menguji dan menilai variasi data melalui pengiraan berulangan ke atas set data dengan menggugurkan set data yang tidak mencapai nilai ambang tertentu. Data yang mencapai nilai ambang tertentu seterusnya dinilai dan diuji semula sehingga mencapai satu nilai yang jitu. Teknik ini banyak digunakan dalam menghasilkan pepohon filogenetik.

Kembali ke atas