Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.lung] | مڠݢولوڠ

Definisi : 1. melipat benda yg berlembar atau berutas sehingga berbentuk panjang bulat: tatal itu digulungnya spt subang; ~ rokok daun; 2. melilitkan (benang, tali, dll) pd gelendong: ~ benang; 3. ki menghambat, mengejar musuh, mengalahkan: dia telah dapat ~ lawannya; 4. mengakhiri, menyudahi, menutup (ucapan, perdebatan, dsb dgn mengemukakan atau menonjolkan aspek-aspek yg penting): dia berkata demikian sewaktu ~ ucapan mengenai anggaran belanjawan kementeriannya; ~ lengan baju ki bersiap utk bekerja; ~ tikar ki bersurai, bubar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gu.lung] | مڠݢولوڠ

Definisi : 1 membuat sesuatu menjadi bergulung; melipat sesuatu menjadi bulat torak bentuknya: Pak Dol ~ rokok daunnya. 2 melilitkan tali dsb pd gelendong; mengumpar: ~ tali. 3 menamatkan sesuatu ucapan dll; menyudahi perbahasan dll: Tiap-tiap peserta diberi masa lima minit utk ~ syarahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggulung

Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bobbinpeleting; gelendong; bobinSosiologiTiada1. Gelendong: Alat seperti pemintal pada mesin jahit untuk menggulung benang. 2. Peleting: Alat untuk menggulung benang pada alat tenun.
bobbinpeleting; gelendong; bobinPentadbiran PerniagaanTiada1. Gelendong: Alat seperti pemintal pada mesin jahit untuk menggulung benang. 2. Peleting: Alat untuk menggulung benang pada alat tenun.
rolling motiongerakan menggulungFizikTiadaTiada
lebedalebedaKesenianTiadaBekas menggulung benang dalam tenun Iranun yang biasanya dibuat daripada tin-tin kosong atau kayu yang diraut halus.
penggulunganpenggulunganKesenianTiadaProses menggulung benang dari anian pada papan gulung.
reelingmerahatPentadbiran PerniagaanTiadaMenggulung benang dengan menggunakan alat memintal benang yang mempunyai roda khas.
spoolgelendongPerikananTiadaAlat untuk menggulung tali pancing yang terdiri daripada pelbagai saiz dan berat. Alat ini boleh digunakan tanpa menggunakan joran. Alat ini merupakan sebahagian daripada komponen kekili pancing. Sinonim lempoyan, serek. Lihat juga kekili.
embekar (Sbh)embekar (Sbh)KesenianTiadaProses menggulung benang dari berakah ke lebeda.
peletingpeletingKesenianTiadaBuluh atau plastik untuk menggulung benang tenun. Di Sabah dikenali sebagai palati.
film spoolkili filemPendidikanTiadaKili bulat untuk menggulung atau menyimpan filem gambar gerak.
12345

Kembali ke atas