Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.na.kan] | مڠݢوناکن

Definisi : 1 melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2 mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggunakan

Peribahasa

Mengepit kepala harimau.

Bermaksud :

Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Memakai kulit harimau).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dramatic poetrypuisi dramatikKesusasteraanTiadaPuisi yang menggunakan teknik dramatik untuk kesan puitis atau drama yang menggunakan puisi untuk kesan dramatik. Contohnya, puisi Browning bertajuk My Last Duchess menggunakan konvensi drama untuk kesan puitis. Kebanyakan drama Shakespeare pula menggunakan puisi untuk kesan dramatik. Contoh karya tempatan ditemui dalam drama berjudul Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Drama ini menggunakan bentuk puisi berirama dalanm dialog untuk memperhebatkan kesan tragisnya. Dalam karya puisi berjudul �Pengakuan Pariyem� oleh Linus Suryadi AG menggunakan teknik drama dialog, monolog dan naratif untuk kesan estetik. Dalam sastera Parsi, puisi dramatik ditemui dalam saja �Katiba� oleh Mahdi Akhavan Thalith.
polysyndetonulang sendiKesusasteraanPuisiUngkapan ringkas yang menggunakan perkataan atau frasa secara berurutan dengan menggunakan kata hubung. Contohnya, puisi yang kerap menggunakan polisindeton ini ialah "Sepasang Tubuh" karya Wan A. Rafar. Sinonim polisindeton. aku ingin menyelami dasar batinmu yang tenang dan gelisah aku ingin merasai jalan fikirnn dan tindakan akal urat nadi dan salur darahmu aku ingin menyusuri sejarahmu yang panjang dan bercabang.
monologicmonologikKesusasteraanTiadaPerihal menggunakan suara penulis dalam sesebuah karya. Karya monologik ialah karya yang menggunakan satu suara, iaitu suara penulis yang mengongkong suara setiap watak. Konsep ini diperkenalkan oleh pengkritik Rusia, iaitu Mikhail Bakhtin yang menggunakan novel karya Tolstoy bertajuk War and Peace sebagai contoh karya monologik. Dalam karya ini, Tolstoy banyak mengawal pertuturan watak-wataknya.
optical memoryingatan optikFizikNanoteknologiSimpanan data digital menggunakan sistem dan sifat optik. Data ini dibaca dengan menggunakan alur laser. Ingatan optik dapat menyimpan data dalam kuantiti yang besar dan dapat dibaca dengan laju menggunakan sistem komputer. Contohnya, CD-ROM atau DVD.
asyndetonawasendiKesusasteraanPuisiUngkapan ringkas yang menggunakan perkataan atau frasa secara berturutan tanpa menggunakan kata hubung, tetapi dipisahkan oleh tanda koma sahaja.
synecdochesinekdokiKesusasteraanTiadaKiasan yang menggunakan sebahagian objek untuk mewakili keseluruhannya. Contohnya, satu kepala mewakili seorang. Dalam fiksyen Dickens, beliau kerap menggunakan bahagian tubuh badan untuk mewakili watak. Contohnya, watak Mrs. Merdle dalam karyanya bertajuk Little Dorrit disebut The Bosom. Dalam pertuturan popular, Liverpool bermaksud pasukan bola sepak dari bandar tersebut. Sinekdoki juga terdapat dalam bahasa wartawan. Contohnya, Moscow bermaksud kerajaan Soviet. Sinekdoki dibina melalui beberapa cara, iaitu yang umum mewakili yang khas, seperti �law� untuk seseorang polis, dan yang khas mewakili yang umum seperti �strings� untuk �string instruments�.
visual learnerpelajar visualTeknologi Maklumate-PembelajaranPelajar yang selesa menggunakan kaedah pengajaran melalui penglihatan dengan menggunakan bahan visual seperti graf, carta, peta, gambar rajah, video, demonstrasi dan sebagainya. Banding pelajar auditori, pelajar kinestatik.
spoofing attackserangan perdayaanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTindakan menggunakan perisian perdayaan yang dilakukan oleh pengguna hasad untuk menyamar atau menggunakan identiti pengguna lain supaya dapat memperoleh capaian ke atas sistem komputer dan asetnya.
fine motor skillskemahiran motor halusSains SukanBiomekanikKemahiran menggunakan otot-otot kecil sebagai penggerak utama. Contohnya, kemahiran menggunakan otot-otot kecil di bahagian tangan (fleksor karpi ulnaris) semasa acara sukan melontar dart.
enfleurageenfleurajHerbaTiadaKaedah mengeluarkan minyak pati daripada bahan herba dengan menggunakan lemak. Enfleuraj dilakukan secara sejuk atau menggunakan lemak yang dipanaskan. Contohnya, pengekstrakan minyak wangi kenanga daripada kelopak bunga kenanga.
12345678910...

Kembali ke atas