Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.bis.kan] | مڠهابيسکن

Definisi : 1. menggunakan (mema­kan, membelanjakan, dll) hingga habis, mem­buang-buang (masa, tenaga, dll): sebahagian drpd wang gajinya dihabiskan utk mem­biayai pelajaran anak-anaknya; Bujal ~ masa lapangnya dgn berkunjung ke rumah kawan-kawannya; ~ umur membuang-buang masa (kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau sia-sia); 2. menyudahkan, menyiapkan, menyelesaikan: dia pergi ~ kerjanya yg terbengkalai; 3. menamatkan, mengakhiri; ~ ceritanya (cakapnya) menamatkan cerita­nya (cakapnya); 4. menghabisi, membunuh: kekanda berjanji dgn keris ini akan ~ siapa sahaja yg cuba mengganggu adinda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.bis.kan] | مڠهابيسکن

Definisi : 1 mengguna­kan (memakan, membelanjakan dll) se­suatu sehingga habis; membuang-buang (masa, tenaga dll): Gadis itu ~ sebahagian drpd wang gajinya utk membeli pakaian. 2 menyiapkan atau menyudahkan kerja dsb: Dia diberi tempoh seminggu utk ~ kerja itu. 3 menamatkan atau menyudahkan cerita dsb: Bagaimanakah cara yg baik utk ~ cerita ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
habis
1. Bersinonim dengan kesemuanya
( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, )
(adverba:)

2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya
( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, )
(adverba:)

3. Bersinonim dengan siap
( selesai, beres, tamat, berakhir, )
(kata kerja:)

4. Bersinonim dengan paling
( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, )
(kata tugas:)

5. Bersinonim dengan selepas
( sesudah, setelah, )
(kata tugas:)

6. Bersinonim dengan jadi
( kalau begitu, maka, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan,

Peribahasa

Seperti cebok (= gayung) dengan tempayan.

Bermaksud :

Ibu bapa menghimpunkan harta, anaknya menghabiskan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pad characteraksara padKejuruteraanTiadaAksara yang diperkenalkan untuk menghabiskan masa sementara sesuatu fungsi dilaksanakan.
couch potatobirah tak beruratUmumTiadaSeseorang yang banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan tidak mempunyai sebarang aktiviti yang menarik dalam kehidupan sehariannya.
bed rottingdekam katilUmumTiadaTabiat seseorang yang suka menghabiskan masa bersantai di atas katil pada siang hari.
anadromous fishikan anadromiSains MarinTiadaIkan yang bermigrasi dari laut ke ekosistem air tawar untuk membiak. Ikan anadromi menetas di kawasan air tawar, tetapi membesar dan menghabiskan usianya di lautan, dan kembali ke habitat air tawar untuk membiak. Contohnya, ikan salmon, sturgeon, bass dan lain-lain. Banding ikan katadromi.

Kembali ke atas