Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.dap] | مڠهادڤ

Definisi : 1. (bahagian muka atau depan­nya) menghala ke: orang Islam sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~ surut melihat ke belakang; 2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dgn raja (orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda sedang di­hadap orang banyak; 3. datang ke (mah­kamah, pejabat, dll): ia diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4. ditujukan kpd (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda terhadap yg tua), dialamatkan kpd: ~ ke hadapan ayahanda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.dap] | مڠهادڤ

Definisi : 1 menghala; me­ngarah: Rumah peranginan itu ~ ke laut. 2 datang menemui atau mengunjungi raja, orang-orang besar dll: Dgn panduan anak Syed Abu, rombongan Abdullah pergi ~ Raja Kampung Laut. 3 ditujukan; dialamatkan (dlm surat kiriman): ~ ke hadapan ayahanda yg dikasihi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Puisi
 

Raja di Jawa raja sakti,
     Menghadap sultan berganti-ganti;
Doa saja umur tak mati,
     Dukun dan bidan ada menanti.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sea cliffcenuram lautSains MarinTiadaCerun yang dihasilkan oleh hakisan ombak yang terdapat di tepi pantai yang menghadap laut atau di sisi platform potongan ombak yang menghadap daratan dan menandai had hakisan pantai.
image quality indicator (IQI)petunjuk kualiti imej (IQI)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPeranti ringkas yang digunakan untuk mengukur kepekaan radiograf. Peranti ini diperbuat daripada bahan yang serupa dengan sampel ujian seperti keluli dan aluminium. Peranti ini diletakkan pada permukaan sampel menghadap sumber sinaran atau menghadap medium pengimejan. Reka bentuk IQI mestilah menurut standard tertentu seperti MS, ASTM, atau ISO. Terdapat dua jenis IQI, iaitu jenis dawai dan jenis lubang. Imej IQI perlu kelihatan pada imej radiografi dan saiz lubang atau dawai yang perlu kelihatan, ditentukan oleh standard ujian yang diterima pakai. IQI jenis lubang keluaran ASTM turut dikenali sebagai penetrameter.
partners' deskmeja kongsiKesenianHiasan DalamanMeja yang membolehkan dua individu bekerja secara menghadap antara satu sama lain. Meja yang terkenal pada abad ke-18 ini mempunyai laci pada kedua-dua bahagian yang bertentangan.
rampartbentengSains MarinTiadaPermatang sempit yang berukuran 1-2 m tinggi yang dibina menghadap laut untuk menahan hakisan ombak. Sinonim tetembok.
reef conglomeratekonglomerat terumbuSains MarinTiadaLapisan tebal detritus yang dimendapkan di sepanjang pinggir terumbu menghadap laut lepas. Sebahagian besar konglomerat terumbu terdiri daripada serpihan karang mati. Morfologi konglomerat sama ada berbentuk planar, bentuk pentas, atau bentuk strata condong (> 20 darjah) yang dikenali sebagai talus terumbu.
internal rotationputaran dalamanSains SukanBiomekanikAksi pada sendi bahu atau pinggul yang menyebabkan permukaan segmen bergerak menghadap antara satu sama lain.
Fosbury flopFosbury flopSains SukanBiomekanikTeknik lompatan dalam acara sukan lompat tinggi yang memerlukan bahagian belakang tubuh badan menghadap halangan ketika melakukan lompatan. Teknik ini diperkenalkan oleh atlet lompat tinggi bernama Dick Fosbury pada tahun 1968.
ribbon developmentpembangunan rebenPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBentuk pembangunan berjajar sepanjang jalan utama yang terdiri daripada sederetan bangunan yang menghadap ke jalan. Biasanya bentuk pembangunan ini berlaku secara tidak terancang.
anatomical reference positionposisi rujukan anatomiSains SukanBiomekanikKedudukan badan dalam keadaan berdiri tegak dengan semua bahagian badan termasuk tapak tangan menghadap ke hadapan. Posisi ini merupakan posisi rujukan bagi semua pergerakan bahagian badan. Semua sudut sendi dalam posisi ini adalah neutral dan dinyatakan sebagai darjah sifar. Sinonim posisi anatomi.
reef flatpamah terumbuSains MarinTiadaKawasan terumbu yang sangat luas yang telah mengalami hakisan dan dilitupi puing-puing karang dan lopak-lopak batuan. Biasanya, pamah terumbu dimendapkan di sepanjang pinggir terumbu organik yang menghadap ke laut.
12

Kembali ke atas