critical period | tempoh kritikal | Kejururawatan | Tiada | Tempoh masa seseorang menghadapi ancaman kesihatan dan segi fizikal dan psikologi. |
reserve | rizab | insurans | Tiada | Dana yang diasingkan oleh syarikat insurans untuk tujuan menghadapi tanggungjawab apabila sampai masanya. Liabiliti yang diwujudkan untuk tujuan tertentu. |
post-traumatic stress disorder | gangguan tekanan pascatrauma | Perubatan | Psikiatri | Gangguan emosi selepas menghadapi tekanan perasaan atau sesuatu peristiwa, seperti kemalangan ngeri, pembunuhan atau dirogol. |
utilization behaviour | tingkah laku penggunaan | Perubatan | Psikiatri | Gangguan pada lobus frontal apabila pesakit menghadapi masalah untuk menghalang dirinya daripada menggunakan objek yang berada dalam lingkungan penglihatan atau jangkauannya. |
low-functioning depression | kemurungan fungsi rendah | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit murung yang serius sehingga menghadapi masalah untuk melaksanakan tanggungjawab harian seperti tugas di tempat kerja dan kerja rumah. |
contingency planning | perancangan luar jangka | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Perancangan yang memberikan tumpuan untuk menghadapi sesuatu masalah dalam tempoh yang singkat dan kos yang minimum. |
safe district | kawasan selamat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Wilayah yang dianggap berada dalam keadaan selamat dan tidak menghadapi masalah politik atau keganasan. Kawasan seperti ini memperlihatkan hubungan kaum yang baik, kadar jenayah yang rendah dan kedudukan persaingan politik yang minimum. Kawasan ini juga bebas daripada sebarang gerakan subversif seperti cubaan pemberontakan dan gerakan pemisah. Contohnya, Vatican City merupakan kawasan selamat di Itali. Sinonim kawasan aman. |
cyber resilience | kebingkasan siber | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kemampuan organisasi untuk berdaya tahan dan bertindak pantas dalam menghadapi dan memulihkan perniagaan daripada serangan siber. |
defensive coping | kendalian defensif | Kejururawatan | Tiada | Tindakan membela diri oleh pesakit kerana tidak menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya menghadapi masalah kesihatan. |
coalition | campuran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gabungan beberapa puak, kelompok, organisasi atau parti yang membentuk satu unit politik bagi menghadapi atau mencapai sesuatu matlamat sepunya seperti membentuk kerajaan, menghalang ancaman musuh atau mengurangkan konflik sesama mereka. Fenomena gabungan biasanya wujud dalam sistem Parlimen moden apabila tidak ada satu parti tunggal yang berjaya mendapat majoriti yang jelas bagi membentuk kerajaan selepas pilihan raya. Kestabilan gabungan amat bergantung kepada rundingan dan bentuk pengagihan kuasa yang dipersetujui. Gabungan juga wujud dalam konteks hubungan antarabangsa khususnya kuasa-kuasa besar seperti yang pernah berlaku sewaktu Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Secara amnya gabungan mempunyai tiga bentuk yang utama iaitu yang bersifat sementara bagi mencapai matlamat segera, yang bersifat jangka masa tertentu dan gabungan yang berbentuk konkrit bagi satu tempoh yang lama. Contohnya, Barisan Nasional merupakan gabungan beberapa parti politik yang membentuk kerajaan Malaysia. |