Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.la.kan] | مڠهالاکن

Definisi : mengarahkan, menujukan: pendekatan ini ~ perhatian pengkaji kpd usaha mencari maklumat tertentu; maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.la.kan] | مڠهالاکن

Definisi : menetapkan hala; menujukan; mengarahkan: Dia ~ tembakan itu kpd musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hala (kata nama)
Bersinonim dengan arah, haluan, tuju, hadap, tala, tepas, paran;,
Kata Terbitan : berhala, menghala, menghalakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intake portliang pengambilanKejuruteraan AutomotifEnjinLaluan dalam kepala silinder yang menghalakan udara atau campuran udara-bahan api masuk dari pancarongga pengamabilan ke injap pengambilan. Sinonim liang masukan.
global spy networkrangkaian intip sejagatTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRangkaian yang menggunakan sistem terautomasi untuk memintas dan menghalakan semua bentuk komunikasi elektronik ke lokasi pusat. Contoh rangkaian intip sejagat ialah Echelon untuk kerajaan Amerika Syarikat. Rangkaian Echelon mampu memintas sehingga tiga bilion komunikasi individu awam dan syarikat swasta sehari yang termasuk e-mel, panggilan telefon, faksimile, dan juga paket data Internet.
flying kisskucupan layangUmumTiadaCiuman simbolik yang diberikan kepada orang lain dengan mencium tangan sendiri kemudian menghalakan tangan ke arah penerima.
supinesupinKejururawatanTiada1. Baring secara terlentang dengan muka menghala ke atas. 2. Perihal menggerakkan lengan dengan menghalakan tapak tangan ke atas.
vapour-recovery systemsistem pemulihan wapKejuruteraan AutomotifEnjinPemulihan wap bahan api cecair seperti gasolin yang terlepas dari tangki bahan api dan mangkuk pelampung dalam karburetor dengan menggunakan sistem kawalan penyejatan. Sistem ini akan menghalakan wap tersebut ke kanister arang untuk mengelakkan gas terbebas ke atmosfera dan mencemarkan alam sekitar. Wap yang dipulihkan akan menjadi cecair dan dihantar ke enjin untuk dibakar.

Kembali ke atas