Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.rus.kan] | مڠهاروسکن

Definisi : 1. memandang mustahak, (perlu, patut), memestikan, mewajibkan: penuntut-penuntut sekolah diharuskan me­ma­kai pakaian seragam; 2. membolehkan, membenarkan, mengizinkan: pd bait ketiga ulangan suara itu kurang sesuai, tah di­haruskan bersajak dgn ta; agama Islam ~ perceraian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.rus.kan] | مڠهاروسکن

Definisi : 1 menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2 menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harus (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak,

2. Dalam konteks hukum Islam
bersinonim dengan jaiz, mubah,

Kata Terbitan : seharusnya, mengharuskan, keharusan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
عقد الإجازةakad sewaanAgama IslamFiqhAkad yang mengharuskan penggunaan manfaat sesuatu barang dengan kadar bayaran tertentu dan dalam tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
darurahdaruratPerniagaan IslamTiadaPerihal terpaksa atau melibatkan keadaan yang genting. Contohnya, ketiadaan pembiayaan secara Islam bagi sesuatu perusahaan yang diharuskan menyebabkan perlunya pembiayaan secara konvensional. Dalam mazhab Syafii, darurat diharuskan berdasarkan kaedah fikah, iaitu keperluan untuk mengharuskan benda yang dilarang, sekadar yang diperlukan.
tasarrufat sabiypengurusan oleh kanak-kanakPerniagaan IslamTiadaPengurusan harta oleh kanak-kanak dalam bentuk perbuatan atau perkataan. Pengurusan harta oleh kanak-kanak yang belum mumaiyiz dalam akad tabarru‘ yang melibatkan pemberian oleh kanak-kanak tersebut adalah tidak sah. Jumhur mengharuskan akad berbentuk penerimaan, kecuali mazhab Hanafi. Pengurusan harta oleh kanak-kanak mumaiyiz berlaku dalam tiga keadaan. Pertama, wujud faedah sepenuhnya kepada kanak-kanak, akad menjadi sah tanpa perlu mendapat keizinan daripada walinya. Kedua, wujud mudarat sepenuhnya kepada kanak-kanak, akad menjadi tidak sah melainkan mendapat keizinan daripada walinya. Ketiga, wujud faedah dan mudarat kepada kanak-kanak, akad boleh dilakukan dengan syarat mendapat keizinan daripada walinya.
bai‘ muamalahjual beli muamalahPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli barangan dengan harga yang lebih tinggi daripada nilai biasa selepas selesai dilaksanakan akad hutang. Contohnya, A berhutang dengan B sebanyak RM60 dan kemudian A membeli pula sehelai pakaian daripada B yang bernilai RM20 dengan harga RM40. Jumlah hutang sebenar adalah sebanyak RM100 termasuk RM20 merupakan keuntungan kepada pihak pemiutang. Dari sudut syarak, terdapat ulama yang mengharuskan jual beli muamalah dan juga yang mengharamkannya.
cash waqfwakaf tunaiEkonomiEkonomi IslamWakaf dalam bentuk wang tunai oleh seseorang individu atau sekumpulan individu untuk mencapai matlamat wakaf berkenaan. Wang dana wakaf yang terkumpul boleh digunakan untuk membeli harta tetap atau dilaburkan oleh nazir supaya mendatangkan manfaat yang berterusan. Tujuan utama wakaf ini diwujudkan adalah untuk membolehkan lebih ramai orang menyumbang atau memberi wakaf secara kolektif tanpa membebankan mereka. Semua ulama mazhab telah mengharuskan wakaf tunai ini walaupun justifikasi mereka agak berbeza antara satu dengan yang lain. Contoh wakaf tunai ialah saham wakaf dan takaful wakaf.

Kembali ke atas