judicial criticism | kritikan kehakiman | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menggunakan kayu ukur tertentu untuk menghayati sesebuah karya sastera. Antara elemen penting yang dinilai termasuklah isi, jalan cerita, organisasi dan gaya dalam karya tersebut. Contohnya pengkritik Neoklasikal pada abad ke-18 seperti Samuel Johnson menerapkan bentuk kritikan ini dalam menghayati karya zaman mereka. Piawaian yang digunakan diambil daripada warisan Yunani dan Rom. |
empathy | empati | Kesusasteraan | Puisi | Pembaca turut mengalami serta menghayati perasaan dan pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. |
structuralist poetics | puitika strukturalis | Kesusasteraan | Tiada | Perihal menghuraikan cara menghayati teks menggunakan teori strukturalisme. Konsep ini diperkenalkan oleh Jonathan Culler (1975) dalam bukunya bertajuk Structuralist Poetics: Structuralism, Linguistics and the Strudy of Literature. Menurut Culler, puitika karya terletak pada sifat kebolehfahaman teks, iaitu cara puitika strukturalis ditulis. Pembaca pula harus mempunyai keterampilan sastera, iaitu kemampuan untuk mengiterpretasikan teks tersebut. |
horizons of expection | ufuk harapan | Kesusasteraan | Tiada | Kriteria yang dikongsi bersama oleh generasi pembaca dalam sesuatu period yang tertentu untuk menghayati sesebuah karya sastera. Hal ini bermakna penghayatan karya sastera akan berubah mengikut kelainan ilmu, pengalaman serta budaya sesuatu generasi yang cuba menghayatinya. Konsep ini menjadi satu aspek teori respons pembaca yang diperkenalkan oleh Hans Robert Jauss. Lihat juga teori respons pembaca. |
bombast | gembaran | Kesusasteraan | Puisi | Penerapan bahasa dalam sesebuah puisi yang terlalu hebat, berdegar-degar, berlebih-lebihan berbanding dengan sesuatu masalah atau pemikiran yang hendak disampaikan sehingga menyulitkan khalayak menghayati dan memahaminya. |
forest bathing | mandian rimba | Psikologi | Tiada | Perbuatan meluangkan masa di dalam rimba untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Mandian rimba merupakan salah satu cara untuk mengatasi dan mengurangkan tekanan kepada golongan yang sibuk bekerja dengan menghayati segala yang terdapat di sekelilingnya termasuklah bunyi, bau dan pemandangan. Istilah ini berasal daripada bahasa Jepun, iaitu ‘shinrin-yoku’ dan merupakan rutin di Jepun sejak tahun 1980-an. Mandian rimba juga dikenali sebagai terapi rimba. |
image | citra | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi. |
image | citra | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi. |
historical criticism | kritikan historis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah menganalisis teks dengan melihat sesebuah karya sastera dalam konteks zaman penulisannya. Kaedah ini menstrukturkan kembali iklim pemikiran, ideologi, sistem nilai serta konvensi sosial dan sastera yang menjadi konteks penulis. Kaedah ini bertujuan memungkinkan karya pelbagai zaman menjadi lebih mudah dicapai oleh pembaca moden yang kelak akan lebih menghayati karya tersebut. Tujuan lain adalah untuk melihat karya sebagai artifak sejarah yang mencermintkan ciri-ciri zamannya. Lihat juga historisisme baru. |
determinacy | ketetapan | Kesusasteraan | Tiada | Kestabilan sesuatu teks yang bersandarkan ketetapan. Ada lima ketetapan, iaitu pertama, bahasa boleh mengungkap maksud yang stabil. Kedua, maksud yang tersirat dalam sesebuah teks bersandarkan kepada konteksnya. Ketiga, maksud yang disampaikan dalam teks dikawal oleh penulis. Keempat, sesebuah karya mempunyai struktur tertentu dan pasti berakhir dengan penutupan, dan kelima, kritikan sastera hanyalah aktiviti sampingan dalam penghayatan karya tersebut. Kelima-lima ketetapan ini mementingkan aspek menyeluruh yang mengesahkan kepentingan diri dan kehendak manusia. Kepentingan ketetapan untuk menghayati sesuatu karya mula diancam dengan perkembangan teori strukturalisme dan pascastrukturalisme. Kestabilan yang diketengahkan dengan ketetapan mula dipersoalkan. Hal ini menyebabkan maksud sesuatu teks sukar dipastikan, dan akhirnya menimbulkan keraguan terhadap erti sebenar karya. |