Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hem.bus] | مڠهمبوس

Definisi : 1. meniup, mengeluarkan nafas (udara): pokok itu bergegar sedikit dihembus angin; ia ~ rambut gadis itu; 2. bp cabut, lari; 3. mengeluarkan hingus dgn memaksa udara keluar melalui hidung: sesekali dia ~ hidungnya; penghembus 1. orang yg menghembus, peniup: yg pekak pembakar meriam, yg buta ~ lesung; 2. alat utk menghembus (api dll), peniup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hembus
Kata Terbitan : berhembus, menghembus, menghembuskan, hembusan, penghembus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
expirationekspirasiKejururawatanTiadaProses menghembus keluar udara dari paru-paru. Ekspirasi pasif berlaku semasa pernafasan normal yang tidak memerlukan aktiviti otot.
paradoxical breathingpernafasan paradoksikalKejururawatanTiadaKeadaan bentuk pernafasan yang tidak normal, iaitu semasa menarik nafas, dinding dada bergerak ke dalam dan sebaliknya semasa menghembus nafas.
rhonchirhonkiKejururawatanTiadaBunyi abnormal yang dihasilkan oleh udara semasa melalui bronkus yang sempit. Bunyi ini boleh didengar dengan menggunakan stetoskop semasa pesakit menarik dan menghembus nafas.
huitainhuitainKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi lapan baris dalam satu rangkap. Teromba atau sesomba adalah bentuk puisi lama yang menggunakan bentuk huitain ini. Contohnya, Jika cerdik teman berunding Jika bingung disuruh arah Yang buta disuruh menghembus lesung Yang patah disuruh menunggu jemuran Yang pekak disuruh mencucuh meriam Yang berani dibuat kepala lawan Kalau kaya hendakkan emasnya Kalau alim hendakkan doanya.

Kembali ke atas