Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hen.da.ki]/[meng.hen.da/.ki] | مڠهندقي

Definisi : hendak (mahu) akan, meng­in­gini, memerlukan: saya tidak ~ istana utk tempat hidup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hen.da.ki]/[meng.hen.da/.ki] | مڠهندقي

Definisi : mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Peribahasa

Minta tanduk pada kuda.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
utmost good faithpenuh percaya mutlakinsuransTiadaSyarat insurans yang menghendaki tahap kejujuran yang amat tinggi daripada insured dan insurer.
notice of lossnota kerugianinsuransTiadaSyarat dalam polisi insurans yang menghendaki seseorang yang mengalami kerugian terhadap harta yang diinsuranskan oleh polisi hendaklah dengan serta-merta memberi notis kepada syarikat insurans tentang kerugian yang dialami. Notis ini adalah merupakan satu syarat sebelum pemulihan dibuat kecuali ianya diketepikan oleh syarikat insurans. Kegagalan memberi notis seperti yang diperlukan, boleh menghalang seseorang itu memperolehi ganti rugi. Notis ini perlu dibuat secara bertulis dan notis secara lisan kepada ejen dianggap tidak mencukupi untuk mematuhi syarat ini.
individual time trialujian masa perseoranganSukanLumba BasikalAcara perseorangan yang menghendaki peserta mencipta masa terpantas.
setback regulationperaturan anjakanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu peraturan di bawah undang-undang bertulis yang menghendaki sesuatu bangunan itu dibina pada jarak tertentu dari jalan atau sempadan lot tanah.

Kembali ke atas