national security | keselamatan negara | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perlindungan atau pertahanan yang dilaksanakan oleh sesebuah negara untuk menghindari ancaman terhadap rakyat, ekonomi dan institusi dalam negara yang penting. Contohnya, langkah keselamatan yang disediakan untuk menghalang serangan atau keganasan daripada kuasa luar. |
additive | aditif | Perikanan | Akuakultur | Bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan ternakan untuk tujuan tertentu, seperti menggalakkan pertumbuhan, meningkatkan pencernaan dan menghindari penyakit. Contohnya, ubat-ubatan, penggalak pertumbuhan, enzim, probiotik dan koksidiostat. Kadar yang diperlukan adalah sangat sedikit, iaitu sekitar 0.1 – 3%. |
mass screening | penyaringan massa | Kesihatan Awam | Tiada | Prosedur yang dirancang secara berkala yang dikenakan terhadap kelompok besar individu bagi mengesan penyakit agar rawatan dapat dimulakan atau menghindari penyebaran, sebagai sebahagian daripada kempen kesihatan awam. |
self-control | kawalan kendiri | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Kemampuan individu untuk mengawal diri sendiri daripada melakukan apa-apa jenayah atau perbuatan berisiko. Kawalan kendiri ini berlaku dengan cara menghindari keinginan, melambatkan kepuasan atau menahan diri daripada tingkah laku berisiko yang boleh mengakibatkan jenayah. Contohnya, remaja yang mempunyai kawalan kendiri yang lemah mudah terjebak dalam gejala penyalahgunaan dadah. |
e-disease management | e-pengurusan penyakit | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem pendekatan kesihatan yang mengajar pesakit menguruskan penyakit kronik yang dihidapinya, seperti kencing manis, sakit jantung, lelah, kanser, dan HIV. Sistem ini juga melibatkan pesakit, perunding perubatan dan juga pakar perubatan. Sistem ini memudahkan pesakit mempelajari cara penjagaan diri dan cara menghindari komplikasi penyakit. |
eschatology | eskatologi | Kesusasteraan | Tiada | Cabang ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan keagamaan khususnya tentang hari kiamat, kehidupan selepas mati atau hari pembalasan. Pengetahuan tentang kiamat dan kehidupan alam akhirat merupakan salah satu aspek penting dalam ajaran kebanyakan agama di dunia dengan doktrin yang tertentu. Keterangan tentang alam akhirat telah menarik minat pengarang kitab kesusasteraan untuk digarap ke dalam bentuk yang lebih kreatif. Tradisi ke - susasteraan Arab-Islam menyaksikan kemunculan banyak kitab sastera yang membicarakan unsur eskatologi. Antara yang terkenal ialah Kitab Haqa�iq wa al-Daqa�iq karangan Abu Layth Samarqandi. Sastera eskatologi berperanan besar dalam mengingatkan manusia tentang alam pembalasan di akhirat. Justeru, karya sebegini mendorong manusia melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Dalam kesusasteraan Melayu, kisah tentang alam akhirat (dalam kubur, syurga, neraka) banyak ditemui dalam karya saduran daripada kesusasteraan Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad Mikraj. Dalam hikayat tersebut, diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai pembalasan syurga dan neraka yang diterima oleh manusia berdasarkan perbuatan mereka semasa hidup di dunia. |