caring | penyayang | Perubatan | Tiada | Sifat menghormati, mengambil berat, menyayangi dan peka terhadap keperluan individu sesama individu. |
comity | komiti | Sejarah | Tiada | Sikap sopan-santun dan saling hormat-menghormati antara individu, kumpulan atau negara. |
occasional rhyme | puisi peristiwa | Kesusasteraan | Tiada | Puisi ringan yang ditulis untuk menghormati, memperingati sesuatu sejarah peristiwa, masyarakat atau orang perseorangan. |
deferential postmark | cap pos hormat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cap pos yang teraannya tidak dikenakan kepada wajah raja di atas setem bertujuan untuk menghormati pemerintah seperti yang pernah berlaku di Sicily dan Sepanyol pada masa silam. |
humanistic education | pendidikan kemanusiaan | Pendidikan | Tiada | Bentuk atau pendekatan pendidikan yang menekankan aspek sosial dan emosi seseorang individu. Pendekatan ini mengajar konsep penerimaan, menghormati orang lain, perhubungan antara insan dan lain-lain. |
bent entry | tunduk di pintu | Kesenian | Seni Bina | Perbuatan merendahkan posisi badan apabila memasuki rumah yang mempunyai pintu yang lebih rendah daripada badan. Perbuatan ini mempunyai unsur falsafah yang menyarankan tetamu supaya menghormati tuan atau pemilik rumah. Tunduk di pintu lazim diamalkan dalam seni bina warisan Melayu, apabila pintu atau laluan masuk dibuat lebih rendah dan tidak tersergam agar tetamu tunduk apabila melalui pintu tersebut. Frank Lloyd Wright, seorang arkitek terkemuka juga telah mereka bentuk pintu masuk atau laluan utama pada bangunan rekaannya menggunakan pendekatan sedemikian. |
ethical behaviour | tingkah laku beretika | Pengurusan | Perancangan | Tindakan oleh setiap ahli organisasi yang bertepatan dengan kehendak dan pemikiran masyarakat setempat. Tingkah laku beretika lazimnya berkenaan dengan urus niaga yang baik dan mampu menunjukkan amalan perniagaan yang bermoral termasuk amanah, keadilan, memelihara maruah, menghormati kepelbagaian dan hak setiap individu. Amalan ini juga seharusnya tidak bercanggah dengan sebarang peraturan dan undang-undang serta menjadi asas kepada budaya dan nilai yang dipegang oleh sesebuah organisasi. Contoh tingkah laku beretika ialah sikap telus dan penerangan secara terperinci oleh institusi perbankan yang memberikan pinjaman kepada para peminjam supaya mereka memahami setiap klausa perjanjian dengan jelas dan terhindar daripada unsur-unsur penipuan. Lihat juga tanggungjawab etika. |
miscarriage of justice | ketidakadilan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kegagalan mahkamah dalam mentadbir keadilan sehingga menyebabkan seseorang yang tidak bersalah disabitkan bersalah. Ketidakadilan berlaku apabila mahkamah tidak membenarkan tertuduh membawa saksi atau diwakili oleh peguam, atau perbicaraan dilakukan secara tertutup. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, ketidakadilan dapat dielakkan apabila negara menghormati hak individu untuk mendapatkan perbicaraan adil sebagaimana yang terdapat dalam Waad Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966. |
Atlantic Charter | Piagam Atlantik | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Piagam yang dipersetujui pada tahun 1941 hasil pertemuan antara pemimpin British, Winston Churchil dengan Presiden Amerika, Roosevelt. Piagam ini menggariskan asas politik kedua-dua buah negara. Prinsip piagam adalah seperti yang berikut: i. kedua-dua kuasa tidak bertujuan untuk memperluas wilayah masing-masing; ii. mereka tidak berniat untuk mengubah ruang wilayah yang tidak diingini oleh rakyat negara berkenaan; iii. mereka menghormati hak semua bangsa untuk menentukan bentuk pemerintahannya. Hak kedaulatan dan pemerintahan sendiri yang dirampas secara kekerasan harus dikembalikan semula kepada rakyat negara yang berkenaan; iv. mereka akan berikhtiar memajukan perhubungan baik antara semua bangsa, tanpa mengira negara besar atau kecil, bangsa yang kalah atau yang menang, dan juga akan berusaha memajukan perdagangan dan bahan mentah dunia atas dasar persamaan yang diperlukan bagi kemakmuran ekonomi; v. mereka akan berusaha memajukan kerjasama sepenuhnya bagi kesemua negara dalam bidang ekonomi, memper |
Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN)) | Zon Aman, Bebas dan Berkecuali | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konsep zon yang disuarakan oleh Malaysia dalam Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971. Konsep ini telah mendapat sokongan negara serantau yang merupakan salah satu cita-cita ASEAN untuk menjadikan rantau ini sebagai zon yang bebas daripada campur tangan pengaruh luar. Proses pengecualian menekankan supaya setiap negara saling menghormati kedaulatan antara satu sama lain. Negara di rantau ini tidak boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang mengancam keselamatan sesebuah negara lain. Konsep ini juga merupakan satu mekanisme untuk menjauhkan campur tangan kuasa besar dalam hal ehwal politik negara ASEAN. Sinonim ZOPFAN. |