Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.bu.ngi] | مڠهوبوڠي

Definisi : 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (mela­lui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapat­kannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan se­hing­ga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, me­nuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu di­hubungi dgn ketawa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.bu.ngi] | مڠهوبوڠي

Definisi : mengadakan pertemuan dll dgn; pergi menemui (utk memberitahu dll): Pihak polis telah ~nya petang semalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parcel scampenipuan bungkusanKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah komersial yang lazimnya dilakukan oleh sindiket. Dalam jenayah ini, pelaku akan menghubungi mangsa dan meminta mangsa untuk menuntut bungkusan yang telah dikirimkan atas namanya dengan membayar sejumlah wang walaupun bungkusan tersebut sebenarnya tidak wujud. Setelah mangsa membuat pembayaran, pelaku akan memutuskan hubungan dengan mangsa.
secure hypertext transfer protocol (SHTTP)protokol perpindahan hiperteks selamat (SHTTP)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerProtokol perpindahan hiperteks (HTTP) yang ditingkatkan untuk membenarkan komunikasi selamat melalui rangkaian Internet. Protokol ini menyulitkan fail atau menyertakan sijil digital pada fail untuk tujuan pengesahan. Pelanggan yang menggunakan SHTTP untuk menghubungi pelayan boleh menghantar sijil digital untuk mengesahkan identiti pengguna, di samping mengesahkan identiti pelayan pada masa yang sama.

Kembali ke atas