Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.ni] | مڠهوني

Definisi : 1. mendiami, menduduki: meng­apa ia mesti ~ negara yg serba asing ini?; kalau ahli bait pergi kenduri atau ke rumah orang kematian, dialah yg disuruh ~ rumah; 2. = menghunikan mengawasi, menjaga, menunggui: betul saya lihat dia di sana, menghunikan dan menyapu-nyapu kedai induknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.ni] | مڠهوني

Definisi : duduk atau tinggal di; mendiami; menduduki: Selama ia pergi, sayalah yg ~ rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huni
Kata Terbitan : berhuni, menghuni, penghuni, berpenghuni,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sitting tenantpenyewa menghuniPenilaian Harta TanahTiadaTiada
cladocerakladoseraPerikananAkuakulturSejenis haiwan daripada kumpulan krustasea atau kebiasaannya dikenali sebagai kutu air. Kladosera menghuni habitat berair tetapi jarang didapati di dalam laut. Kebanyakan kladosera bersaiz antara 0.2 ­– 6.0 mm panjang dengan kepalanya berpusing ke bawah, dan karapas yang menutupi toraks dan abdomennya kelihatan tidak bersegmen. Haiwan ini boleh dilihat dengan mata kasar tetapi struktur badannya hanya dapat dilihat jelas dengan menggunakan mikroskop. Kladosera membiak secara partenogenesis, iaitu secara aseksual pada masa dan keadaan yang sesuai. Kladosera yang digunakan di pusat penetasan untuk mengasuh anak ikan ialah moina dan Daphnia magna.
urban povertykemiskinan bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPenduduk bandar yang berpendapatan sangat rendah lazimnya terlibat dalam sektor informal dan menghuni rumah yang buruk di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan asas dan penyelesa.
Frenkel defectcacat FrenkelFizikNanoteknologiKeadaan cacat dalam hablur yang terdiri daripada kekosongan dan interstis apabila atom atau ion meninggalkan subkekisi dan menghuni pada kedudukan interstis. Contohnya, gambar rajah skematik dua dimensi pada struktur kekisi natrium klorida, ion Na meninggalkan subkekisi dan membentuk interstis.
nation-statenegara bangsaSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang ditubuhkan berasaskan satu bangsa yang mempunyai pemerintah, kedaulatan dan sempadan yang jelas. Dalam negara ini, undang-undang dan dasar pemerintahan dibentuk sesuai dengan aspirasi atau kehendak bangsa yang menghuni negara tersebut. Negara bangsa dianggap sudah terbentuk apabila warganegaranya merasakan mereka merupakan satu bangsa yang mendukung tamadun dan budaya yang sepunya dan tidak lagi menonjolkan isu seperti tuntutan pemisahan wilayah, perbezaan dan konflik ras, minoriti, keterpinggiran dan diskriminasi. Walaupun wujud perbezaan kaum, agama atau bahasa dalam negara ini, kemajmukan ini masih boleh bersatu dalam satu bangsa. Namun begitu, kewujudan satu bangsa yang sepadu dalam sebuah negara agak sukar dicapai kerana dalam kebanyakan negara, isu-isu di atas masih wujud dan sukar diatasi. Contoh negara bangsa yang berjaya ialah Jepun dan Korea Selatan.
use and occupancy insuranceinsurans guna dan huniinsuransTiadaInsurans yang melindungi kerugian pendapatan dalam insurans dandang dan jentera. Insurans ini juga digunakan bagi sesetengah kontrak yang berjanji akan membayar tuntutan berdasarkan nilai tetap bagi setiap hari insured tidak dapat mengguna atau menghuni harta tersebut akibat peril yang diinsuranskan.

Kembali ke atas