Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.rai.kan] | مڠهورايکن

Definisi : 1. membuka simpul atau ikat­an (tali, bungkusan, dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; 2. memi­sah­kan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3. mem­bentangkan dan menerangkan (keduduk­an, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha mencari penyelesai­an: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dgn undang-undang,” katanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.rai.kan] | مڠهورايکن

Definisi : 1 membuka ikatan sesuatu bungkusan dll supaya berhurai: ~ ikatan. 2 menceritakan atau me­nerangkan (sesuatu kejadian dll) dgn panjang lebar dan tersusun: Menteri Kewangan telah ~ kedudukan ekonomi negara. 3 mencerai-ceraikan atau meng­asingkan bahagian-bahagiannya: ~ ayat menceraikan bahagian-bahagian ayat mengikut jenis kata-katanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hurai
Kata Terbitan : menghuraikan, terhurai, huraian, penghuraian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
balkanizationdasar membalkanSains PolitikHubungan AntarabangsaIstilah yang digunakan oleh ahli sejarah dan diplomat dalam hubungan antarabangsa bagi menghuraikan keadaan perpecahan dan gerakan pembebasan di wilayah Balkan. Istilah ini pada asalnya digunakan untuk menghuraikan dasar Rusia terhadap negara Balkan sekitar akhir abad ke-19. Sinonim pembalkanan.
interpretationtafsiranKesusasteraanTiadaPemahaman teks secara umum termasuklah memahami bahasa, menganalisis, menghuraikan, menjelaskan, mencari, dan menetapkan makna teks. Tafsiran biasanya memfokuskan bahagian yang sukar difahami, taksa atau samar-samar, atau yang menggunakan bahasa figuratif. Secara umumnya, tujuan mentafsir adalah untuk menghuraikan dan memahami secara keseluruhan karya yang disampaikan menerusi medium bahasa, dengan mengambil kira aspek konvensi yang tertentu seperti genre, imejan, tema dan kesan. Hal ini melibatkan huraian unsur yang implisit dan eksplisit, dan analisis aspek formal bagi memperlihatkan kesepaduan atau kelonggaran teks berkenaan. Dalam stilisitik, tafsiran merujuk kepada pemahaman bahasa berdasarkan analisis pola formal dan semantik, yang secara keseluruhannya membawa dapat tentang erti teks. Pada prinsipnya, para sarjana konvensional berpendapat bahawa teks mempunyai suatu tafsiran atau makna yang betul, walaupun terdapat pelbagai tafsiran bagi pembaca yang berbeza. Mereka menganggap bahawa mentafsirkan karya hendaklah seboleh-bolehnya untuk memperoleh makna yang dimaksudkan oleh pengarang. Namun, mutakhir ini dikatakan bawa sesebuah teks mungkin memberi lebih daripada satu tafsiran atau makna. Hal ini disebabkan oleh kompleksiti bahasa dan struktur karya. Walau bagaimanapun, semua tafsiran teks adalah berasaskan kecekapan pembaca dan pengetahuannya tentang konvensi bahasa dan sastera, serta pengetahuan budayanya. Jenis tafsiran yang lebih khusus adalah seperti takwil, hermeneutika dan dekonstruksi. Tafsiran dalam bahasa Arab bermaksud �memberi makna�. Tafsiran disebut juga interpretasi. Lihat juga dekonstruksi, hermeneutika.
buccoaxialbukoaksialPerubatanTiadaMenghuraikan sudut garis yang dibentuk oleh dinding bukal dan aksial bagi rongga di dalam gigi.
analysemenganalisisSejarahTiada2. Menghuraikan sesuatu kepada bahagian-bahagian atau tajuk-tajuk berdasarkan penyelidikan.
elaboratehurai; bentangSejarahTiadaPerbuatan menghuraikan sesuatu hal secara terperinci untuk memudahkan pemahaman.
catalasekatalaseBiologiMikrobiologiEnzim yang menghuraikan hidrogen peroksida dan membebaskan oksigen.
collagenasekolagenaseBiologiMikrobiologiEnzim yang menghuraikan kologen dan gelatin.
spectroscopespektroskopBiologiFisiologiAlat yang boleh menghuraikan cahaya putih kepada komponen warnanya (spektrum). Alat ini digunakan dalam bidang perubatan (spektroskop pandangan langsung, spektroskop klinik), kimia (spektroskop infra-merah) dan bidang-bidang lain.
colibacillosiskolibasilosisBiologiMikrobiologiIstilah umum untuk menghuraikan sebarang jangkitan Escherichia. coli.
structuralist poeticspuitika strukturalisKesusasteraanTiadaPerihal menghuraikan cara menghayati teks menggunakan teori strukturalisme. Konsep ini diperkenalkan oleh Jonathan Culler (1975) dalam bukunya bertajuk Structuralist Poetics: Structuralism, Linguistics and the Strudy of Literature. Menurut Culler, puitika karya terletak pada sifat kebolehfahaman teks, iaitu cara puitika strukturalis ditulis. Pembaca pula harus mempunyai keterampilan sastera, iaitu kemampuan untuk mengiterpretasikan teks tersebut.
12345678910

Kembali ke atas