Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
international mappeta antarabangsaGeografiTiadaSatu siri peta berskala 1 : 1,000,000 yang diterbitkan oleh beberapa buah negara mengikut spesifikasi yang dipersetujui bersama pada tahun 1909.
Hubble constantpemalar HubbleMatematikTiadaKadar perubahan halaju pengembangan alam semesta mengikut perubahan jarak, yang diukur mengikut kiraan km s-1 megaparseks-1.
joulejouleKimiaTiadaUnit tenaga dan kerja dalam sistem meter-kilogram-saat. Satu joule, J, merupakan kerja yang dilakukan apabila daya 1 newton menyesarkan titik tempat daya itu bertindak sejauh 1 meter mengikut arah tindakan daya mengikut arah tindakan daya tersebut. 1 joule juga ditakrifkan sebagai kerja yang dilakukan dalam masa 1 saat oleh arus 1 ampere yang mengalir melalui kerintangan 1 ohm.
veeringmengananSainsHidrometeorologi1. Perubahan arah angin mengikut putaran jam (misalnya selatan ke barat daya ke barat) di sebarang hemisfera, mengikut penggunaan umum antarabangsa. 2. Perubahan arah angin mengikut putaran jam di hemisfera utara dan menentang putaran jam di hemisfera selatan, mengikut penggunaan meluas di kalangan ahli kaji cuaca Amerika Syarikat. Istilah berlawanannya ialah mengiri.
coarse sandpasir kasarGeologiTiada1. Zarah tanah yang bersaiz 0.2 - 2.0 mm mengikut sistem ISSS dan 0.5 - 1.0 mm mengikut sistem USDA.
coarse sandpasir kasarPertanianTiada1. Zarah tanah yang bersaiz 0.2 - 2.0 mm mengikut sistem ISSS dan 0.5 - 1.0 mm mengikut sistem USDA.,2.Tekstur tanah yang mengandungi 25% atau lebih pasir kasar dan pasir sangat kasar serta < 50% pasir lain.
electron donorpenderma elektronKimiaTiada1. Bes mengikut takrifan Lewis.,2. Agen penurunan.
electron acceptorpenerima elektronKimiaTiada1. Asid, mengikut takrifan Lewis. 2. Agen pengoksidaan.
siltlodakHidrologiTiada(1) Bahan tanih tak organik yang halus dan berbutir dan dikelaskan mengikut tekstur tanih dan pisahan tanih, misalnya mengikut Persatuan Sains Tanih Antarabangsa bahan yang bergaris pusat antara 0.02 mm dan 0.002 mm atau mengikut Biro Tanih Amerika Syarikat bahan yang bergaris pusat antara 0.5 mm dan 0.005 mm. (2) Endapan peroi yang tergolong dalam pecahan terhalus, kebanyakan zarahnya adalah lebih kecil daripada pasir dan lebih besar daripada zarah lempung. (GG)
lactating phasefasa penyusuanVeterinarTiadaFasa pengeluaran susu bagi haiwan tenusu selepas melahirkan anak. Bagi lembu dan kambing tenusu, anak disapih ketika berumur seminggu dan susu daripada ibu ternakan tersebut diperah sehingga 10 bulan untuk tujuan komersial. Hasil pengeluaran susu meningkat dengan cepat pada 1-1.5 bulan pertama selepas melahirkan anak dan kemudiannya menurun dengan perlahan sebelum dihentikan dua bulan sebelum kelahiran anak yang berikutnya. Bagi ternakan lain, tempoh ini berbeza mengikut jenisnya iaitu di sepanjang tempoh anak dibenarkan menyusu. Bagi lembu pedaging, tempoh penyusuannya berlaku selama 6 bulan, kambing dan biri-biri selama 3 bulan dan babi pula selama 3 minggu.
12345678910...

Kembali ke atas