ion-electron method | kaedah elektron ion | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah yang digunakan bagi mengimbangkan persamaan redoks. Kaedah ini membahagi tindak balas redoks kepada dua persamaan separa iaitu yang mewakili pengoksidaan dan yang mewakili penurunan. Dalam larutan akueus, H+, OH-, H2O dan elektron ditambah. Tindak balas yang lengkap didapati dengan menggabungkan kedua-dua persamaan separa itu. |
game-based learning | pembelajaran berasaskan permainan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran berasaskan permainan untuk mencapai hasil pembelajaran. Permainan direka bentuk dengan mengimbangkan antara isi pembelajaran dengan aturan permainan. Seterusnya, pentaksiran dilaksanakan terhadap kebolehan pelajar dari segi pengekalan dan pengaplikasian pengetahuan yang dipelajari kepada senario dunia sebenar. Konsep asas permainan seperti ulangan, kegagalan dan usaha pencapaian matlamat permainan menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. |
balance | imbangan | Kesusasteraan | Puisi | Perihal puisi yang berhubung kait dengan isi, struktur lihatan dan struktur dalaman. Contohnya, suatu isu yang menjadi pemikiran kepada seorang penyair itu akan dicerna dengan teliti, mengimbangkan diksi dan pembentukan frasa serta kalimat yang sesuai. |
antithesis | antitesis | Kesusasteraan | Tiada | Idea yang berlawanan maknanya dan terhasil melalui pertentangan atau makna yang ketara perbezaannya. Dalam bidang retorika, antitesis terhasil melalui pemakaian bahasa yang menggunakan sintaksis yang selari untuk mengimbangkan idea yang bertentangan. Dalam bidang penghujahan, antitesis ialah pernyataan dari sudut pandangan yang bertentangan. Dalam bidang puisi, penyair kerap menggunakan antitesis untuk memaparkan kebolehan berjenaka secara pintar. Lihat juga al-mutabaqah. |
digital game based learning | pembelajaran berasaskan permainan digital | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang melibatkan penggunaan komputer dan permainan video khusus untuk mencapai hasil pembelajaran. Permainan digital direka bentuk dengan mengimbangkan antara isi pembelajaran dengan aturan permainan. Seterusnya, pentaksiran dilaksanakan terhadap kebolehan pelajar dari segi pengekalan dan pengaplikasian pengetahuan yang dipelajari kepada senario dunia sebenar. |
loss constant | pemalar kerugian | insurans | Tiada | Amaun tetap yang ditambah ke atas premium polisi pampasan pekerja yang berisiko kecil, rumah kediaman kawasan tertentu dan beberapa lini insurans marin dalaman. Tujuannya ialah untuk mengimbangkan kerugian yang dialami dalam kebanyakan risiko kecil berbanding dengan risiko lain dalam klasifikasi tertentu. |
pyroelectric detector | pengesan piroelektrik | Kimia | Kimia Analisis | Sejenis pengesan sinaran terma dalam sperktrometer inframerah yang mengandungi sekeping bahan feroelektrik yang biasanya merupakan hablur triglisina sulfat. Pada suhu yang kurang daripada suhu Curie hablur, perubahan pada ruang kekisi akan menghasilkan suatu perubahan spontan ke atas pengutuban elektrik. Hablur ini diletakkan di antara dua elektrod selari, satu daripadanya lutsinar inframerah, dan yang satu lagi normal terhadap paksi pengutuban. Jika elektrod disambungkan kepada litar luaran, arus akan diatur untuk mengimbangkan cas pengutuban pada permukaan hablur. Arus ini akan menghasilkan isyarat voltan dalam resistor beban yang disambungkan terus pada transistor kesan medan. |