Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.nap] | مڠينڤ

Definisi : menumpang tidur (di rumah sahabat, di hotel, dll), bermalam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.nap] | مڠينڤ

Definisi : menumpang tidur di rumah kawan (di hotel dll); bermalam: Ketika di Tokyo tempoh hari, kami ~ di sebuah hotel yg besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
inap
Kata Terbitan : menginap, penginapan, penginap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
residential tourismpelancongan kediamanPelanconganTiadaAktiviti melancong dan menginap sementara di destinasi pelancongan yang dijadikan sebagai rumah kedua.
domestic stayoverbermalam domestikPelanconganTiadaPelancong tempatan yang menginap di sesebuah destinasi dalam negara dan menggunakan perkhidmatan yang sedia ada.
frequent lodgerpenginap kerapPelanconganTiadaTetamu yang sering menginap di bawah satu kumpulan jenama hotel.
extended stayinap bersambungPelanconganTiadaPenghuni yang melanjutkan tempoh menginap di sesuatu tempat.
frequent stay programprogram inap kerapPelanconganTiadaProgram khusus untuk tetamu yang sering menginap di hotel yang sama dan mata ganjaran akan diberikan setelah memenuhi syarat yang ditetapkan.
day visitorpelawat harianPelanconganTiadaPelawat yang berkunjung ke sesuatu tempat kurang daripada 24 jam dan tidak menginap.
domestic excursionistpelawat harian domestikPelanconganTiadaPelawat tempatan yang mengunjungi sesuatu pusat pelancongan kurang daripada 24 jam dan tidak menginap.
hotel guest cyclekitaran tetamu hotelPelanconganTiadaKetibaan tetamu hotel secara bergilir-gilir mengikut musim. Contohnya, kebanyakan pelancong Arab akan menginap di hotel pada bulan Julai hingga September pada setiap tahun.
green touristpelancong hijauPelanconganTiadaPengunjung yang mengamalkan sikap yang baik terhadap alam sekitar seperti tidak menukar tuala mandi dengan kerap apabila menginap di hotel.

Kembali ke atas