recollection | kenangan | Sejarah | Tiada | Perbuatan atau kuasa mengingat semula yang ada pada tiap-tiap manusia. |
primary memory | ingatan primer | Gerontologi | Tiada | Perihal mengingat semula maklumat terkini. |
procedural memory | ingatan prosedur | Gerontologi | Tiada | Perihal mengingat semula kemahiran atau peraturan tertentu untuk melakukan sesuatu. |
echoic memory | ingatan ekoik | Gerontologi | Tiada | Kebolehan untuk mengingat semula bunyi yang didengar selepas dua hingga tiga saat. |
state dependent memory | ingatan bergantung keadaan | Psikologi | Psikologi Umum | Kecenderungan individu untuk mengingat sesuatu yang lebih baik jika keadaan fizikal atau persekitarannya berada dalam keadaan yang sama semasa pembelajaran dilakukan. Contohnya, jika individu mempelajari sesuatu ketika dalam keadaan tenang, maka kemungkinan untuk mengingati dengan baik sesuatu yang dipelajari semasa dalam keadaan tenang adalah tinggi. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah pengkaji kesan ini sukar untuk dibuktikan. |
dry | lupa dialog | Kesenian | Drama dan Teater | Keadaan pelakon yang tidak dapat mengingat dialognya semasa latihan atau persembahan. |
prompter | pembantu ingat | Kesenian | Drama dan Teater | Individu yang berperanan membantu pelakon mengingat sesuatu dialog dalam persembahan teater. Pembantu ingat akan berbisik atau memberikan isyarat tertentu untuk membantu pelakon mengingati dialog. Pembantu ingat perlu sentiasa memegang dan menyemak skrip serta berada di sayap kiri atau kanan pentas. |
memory questions | soalan ingatan | Pendidikan | Tiada | Soalan yang memerlukan individu untuk mengingat semula dan mengenal pasti sesuatu maklumat atau subjek. |
hippocampus | hipokampus | Psikologi | Psikologi Umum | Bahagian sistem limbik otak yang banyak dikaitkan dengan pembentukan ingatan manusia dan haiwan. Sistem ini bertindak seperti pusat suis antara ingatan jangka panjang dengan ingatan jangka pendek. Apabila terdapat maklumat baru yang dihimpunkan, cabang neuron dalam hipokampus akan bertambah. Individu biasanya menghadapi masalah untuk mengingat sesuatu sekiranya bahagian dalam hipokampus mengalami kerosakan. Individu berkenaan biasanya akan mengalami masalah untuk mengingat sesuatu maklumat yang baru. Justeru, individu berkenaan gagal mengingat perkara-perkara yang baru berlaku. Contohnya, individu tersebut akan membaca surat khabar berulang kali pada topik atau isu yang sama kerana perkara yang dibaca tidak dapat disimpan. Individu berkenaan juga dikatakan menghidap penyakit amnesia anterogred. |
chain mnemonics | nemonik berangkai | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah untuk mengingati sesuatu perkara dengan menghubungkaitkan antara item sebelum dengan item selepas, atau mengingat item kedua bagi membantu mengingati item ketiga dan seterusnya. Proses ini dapat membantu mengingati keseluruhan maklumat tersebut. Contohnya, untuk membeli keperluan menyediakan sarapan pagi, apabila dibayangkan nasi lemak, maka tersenarailah keperluan membuatnya seperti ikan bilis, beras, santan, kacang, cili, timun dan bawang. |