Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.si] | مڠيسي

Definisi : menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-buku utk ~ perpustakaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.si] | مڠيسي

Definisi : memberi berisi; membuat sesuatu supaya berisi: ~ guni dgn beras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Ambil karung mengisi ruas,
     Pengikatnya pula tali guni;
Adik turut hamba tak puas,
     Cuma abang tak insafkan diri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Mengisi perian bobos.

Bermaksud :

Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang pesuk). bobos = berlubang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
characteristic X-raysinar-X cirianTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSinar-X yang terhasil apabila elektron-elektron luar mengisi kekosongan dalam orbit terdekat dengan nukleus sesuatu atom. Proses ini berlaku apabila elektron berhalaju tinggi dari luar atom sesuatu bahan sasaran menolak keluar elektron yang berada pada orbit terdekat dengan nukleus. Manakala elektron pada orbit luar akan melompat ke dalam untuk mengisi kekosongan tersebut. Tenaga yang terhasil akan menggambarkan unsur bahan sasaran yang digunakan. Sinar-X yang terhasil boleh digambarkan dengan menggunakan spektrum tenaga seperti rajah di bawah. Contoh sinar-X cirian digambarkan dengan dua puncak, Kα dan Kβ.
chemical loadingpemuatan kimiaBuluhTiadaProses mengisi sejumlah bahan pengawet kimia ke dalam sel-sel buluh.
aqueous humourhumor akueusKejururawatanTiadaCecair yang mengisi ruang anterior mata hadapan pada kanta.
feeding bagbeg sajiSukanLumba BasikalBekas untuk mengisi makanan dan minuman sewaktu perlumbaan.
fenestrationseni peningkapanKesenianHiasan DalamanKaedah yang digunakan untuk mengisi bukaan pada permukaan bangunan, seperti tingkap, pintu, jendela langit atau dinding tirai. Seni peningkapan direka bentuk untuk membenarkan cahaya, udara atau menjadi laluan bagi kenderaan dan manusia.
recycle scrap boxtakung sisa pulihKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBekas untuk mengisi cebisan logam yang masih boleh digunakan untuk membuat bahagian kecil badan kereta.
air bagbeg udaraFizikNanoteknologiMembran atau sampul anjal yang dapat menggelembung untuk mengisi udara atau gas lain. Beg udara dipasang pada kenderaan bagi tujuan keselamatan. Apabila berlaku kemalangan, beg udara akan menggelembung setelah dipicu oleh satu sistem nanosensor yang terdiri daripada mikroelektromekanik (MEMS) atau nanoelektromekanik (NEMS) yang dilekatkan pada beg udara tersebut. Contoh membran ialah nilon 6,6 atau poliester.
non-stop flightpenerbangan tanpa hentiPelanconganTiadaPenerbangan jarak jauh tanpa berhenti untuk mengisi minyak atau mengambil dan menurunkan penumpang.
maintenance free batterybateri tanpa penyenggaraanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBateri yang tidak mempunyai lubang palam untuk mengisi air suling dan tidak memerlukan penyenggaraan secara berkala.
misrunsmisrunTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKetakselanjaran yang terbentuk disebabkan oleh logam lebur tidak dapat mengisi ruang acuan sepenuhnya.
123

Kembali ke atas