Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.kuang] | مڠکواڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg daunnya boleh dibuat tikar dll), bengkuang, pandan duri, Pandanus atrocarpus; ~ bunga = ~ perah sj tumbuhan (pokok), pandan ikan, Pandanus aurantiacus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), pandan hutan, Panda-nus houlletii; ~ laut = ~ duri sj tumbuhan (pokok), Pandanus tectorius; ~ tikus sj tum­buhan (pokok), pandan tikus, pokok selang­seng, sendayan masing, Pandanus oratus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.kuang] | مڠکواڠ

Definisi : nama tumbuh-tumbuhan jenis pandan yg daunnya berduri dan dpt dibuat tikar dll, Pandanus atrocarpus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkuang

Puisi
 

Tetak mengkuang di tanah tubuk,
     Letak buluh di atas serambi;
Masuk abang bercium peluk,
     Terkejut pula kucing berkelahi.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jangkajangkaKesenianTiadaAlat untuk membelah daun pandan atau mengkuang atau buluh menjadi helaian atau bilah yang lebih kecil mengikut lebar yang dikehendaki. Bagi membelah mengkuang, alat ini mempunyai banyak mata yang tajam.
bakul tanggukbakul tanggukKesenianTiadaBakul kandung daripada pandan atau mengkuang, biasanya berbentuk bujur, bertelinga, menggunakan anyaman bertulang dengan menggunakan batang langkap untuk menuat serta membentuk fizikal disamping penggunaan sisipan helai pandan atau mengkuang dan digunakan untuk mengisi lampin bayi atau tempat bayi.
bakul lampinbakul lampinKesenianTiadaBakul kandung daripada pandan atau mengkuang, biasanya berbentuk bujur, bertelinga, menggunakan anyaman bertulang dengan menggunakan batang langkap untuk menguat serta membentuk fizikal di samping penggunaan sisipan helai pandan atau mengkuang dan digunakan untuk mengisi lampin bayi atau tempat bayi.
perebusanperebusanKesenianTiadaProses mengawet mengkuang atau pandan selepas penjangkaan.
pewarnaanpewarnaanKesenianTiadaProses mewarnakan daun mengkuang atau pandan mengikut warna yang dikehendaki.
kampilkampilKesenianTiadaBakul selempang daripada mengkuang yang berbentuk bujur di bahagian mulut dan dasarnya luas, bersahap dan beranyam rapat, digunakan untuk membawa makanan ringan seperti sirih, pinang dan tembakau.
penghelaianpenghelaianKesenianTiadaProses menjadikan rotan, mengkuang, pandan, pelepah rumbia kepada helaian mengikut ukuran tertentu. Bentuk bulat menggunakan adang, manakala bentuk leper menggunakan runti.
pelayuranpelayuranKesenianTiada1. Proses mengawet mengkuang atau pandan sebelum penjangkaan. 2. Proses melayur daun dengan api. Tujuannya untuk melembutkan pelepah daun pada permukaan dan belakangnya supaya daun lebih mudah dibelah dan dijangka.
pencelupanpencelupanKesenianTiadaProses mewarnakan daun mengkuang atau buluh ke dalam cecair dengan merendamkannya ke dalam bekas yang telah berisi air berserta pewarna yang dikehendaki.
bujambujamKesenianTiadaBakul kandung daripada mengkuang, berbentuk sumpit, lazimnya bertekat benang emas dan digunakan untuk mengisi peralatan sirih pinang.
123456

Kembali ke atas