Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok), Morinda spp.; ~ akar = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), Morinda umbellata; ~ besar = ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Morinda citrifolia; ~ hutan = ~ kecil sj tumbuhan (pokok renek), Morinda elliptica; ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), Rennellia spe-ciosa; spt batang ~, dahulu buah drpd bunga prb menganggap sudah menguasai atau meĀ­miliki sesuatu perkara atau barang yg belum tentu dapat dikuasai atau diperoleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok atau buahnya, Morinda citrifolia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkudu

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(18)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carotenoidkarotenoidHerbaPemiawaianPigmen larut lemak yang berwarna merah, kuning dan jingga yang terdapat dalam tumbuhan herba, dan terdiri daripada pelbagai jenis karotena dan terbitan-terbitan teroksida, seperti xantofil. Contohnya, sebatian yang terdapat dalam akar mengkudu dan buah mengkudu (Morinda citrifolia).
bioflavonoidbioflavonoidHerbaPemiawaianKumpulan flavonoid yang terdapat dalam herba. Contohnya, ekstrak daun mengkudu (Morinda citrifolia) mempunyai aktiviti biologi yang tinggi dan bersifat antioksida.
antiemeticantiemetikHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat mencegah muntah atau melegakan rasa loya. Contohnya, ekstrak buah mengkudu (Morinda citrifolia), rizom halia (Zingiber officinale) dan buah atau daun limau purut (Citrus hystrix) yang bersifat antiemetik.
antibiliousantihempeduHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat menghalang atau mengurangkan manifestasi penyakit hempedu dan hati. Contohnya, ekstrak daripada buah mengkudu (Morinda citrifolia) yang bersifat antihempedu.
bitterpahitHerbaPemiawaianRasa yang tidak sedap, seperti hempedu disebabkan kandungan sebatian berbes dalam tumbuhan herba. Contohnya, rasa pahit pada daun mengkudu (Morinda citrifolia), buah peria katak (Momordica charantia) dan daun hempedu bumi (Andrographis paniculata).
appetizerpembuka seleraHerbaPemiawaianHerba yang dapat merangsang atau meningkatkan selera. Contohnya, ulam-ulaman seperti pucuk gajus (Anacardium occidentale), daun betik (Carica papaya), pegaga (Centella asiatica) dan daun mengkudu (Morinda citrifolia).
nutraceuticalnutraseutikalHerbaPemiawaianSediaan produk makanan yang sebahagiannya berfaedah untuk kesihatan atau perubatan, termasuk untuk mencegah penyakit dan mengekalkan kesihatan. Contoh produk nutraseutikal daripada herba ialah ekstrak rozel (Hibiscus sabdariffa) dan buah mengkudu (Morinda citrifolia).
tannintaninHerbaPemiawaianSebatian yang mempunyai struktur polifenol yang rumit. Sebatian tanin terbahagi kepada dua jenis, iaitu tanin terkondensasi dan tanin terhidrolisis. Contoh ekstrak herba yang mengandungi tanin ialah ekstrak kacip fatimah (Marantodes pumilum) dan ekstrak daun mengkudu (Morinda citrifolia).
glycosideglikosidaHerbaPemiawaianKumpulan sebatian organik yang terdiri daripada gabungan antara sebatian organik dengan molekul gula seperti glukosa, manosida, fruktosa dan galaktosida. Glikosida boleh dihidrolisis kepada gula dan sebatian organik (aglikon). Bahan glikosida banyak terdapat dalam herba seperti daun tenggek burung (Melicope ptelefolia) dan buah mengkudu (Morinda citrifolia).
quinonekuinonHerbaPemiawaianKumpulan sebatian yang mempunyai ciri struktur yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kumpulan keton pada kedudukan 1,4- atau 1,2- dan dua ikatan ganda dua yang terletak di antara kedua-dua keton tersebut. Sebatian kuinon boleh mengandungi satu atau lebih gelang aromatik terlakur pada sisi benzokuinon asal. Sebatian kuinon yang besar biasanya berwarna disebabkan oleh pengkonjugatan ikatan ganda dua dengan kumpulan keton. Contoh ekstrak herba yang mengandungi sebatian kuinon ialah daun mengkudu (Morinda citrifolia).
12

Kembali ke atas